Apa yang dah setahun tu ye..huhu..sebenarnya, dah nak genap setahun kami pindah masuk rumah kami tu.. Rumah yang my husband upah kontraktor kampungan untuk bina rumah tu.. Walaupun cuma siap separuh, tapi rasa tersangat-sangat selesa duduk rumah tu. Dulu pindah masuk situ, bulan Ramadhan tahun 2010.. Ogos juga, tapi sudah lupa tarikhnya..huhu
Kira tahun ni raya kedua beraya kat rumah tu.. Masih sama dekorasi dalamannya..sudah takde mood nak hias2 dah..bukan sebab rumah tak siap lagi, bagi saya rumah tu dah siap walaupun baru siap dapur, 2buah bilik, 1 bilik air dan family hall..segalanya dah cukup selesa...
Cumanya..yang merunsingkan, menggeramkan, memarahkan, memeningkan dan menyedihkan...dah membuatkan kami rasa takde mood nak menghias bagai....meh saya bagitau mengapa...isk..baru setahun tau...
Selamat datang ke rumah kami..rumah kampung saja tau! best..banyak pokok pisang..hehe
Tengok la...dah retak..cahaya matahari pun boleh tembus dari celah-celah retak tu... :(
opps, langsir tu buat sendiri, husband buat lubang eyelet tu, saya jahit..hihihihi
Buat masa ni, pintu masuk utama adalah pintu dapur..see, dah retak juga kan...
Haa..ini bilik tidur kami buat masa ni..master bedroom belum siap lagi..
Siling tu pun dah rosak...sedih...bila tidur mesti pandang atas tu..
Hodoh dan buruk kan retak2 tu....sigh!
Dari luar pun sebenarnya banyak retak2 yang kelihatan...
Ni bahangian depan yang belum siap lagi...tinggal ruang tamu, 2 buah bilik termasuk master bedroom, dan 1 bilik air...target Jun 2012 nak sambung balik...tapi tengok la kalau cukup budget...
Sebenarnya, kesian kat husband saya..Dah banyak dia modalkan untuk bina rumah ni...Boleh dikatakan banyak yang tak puas hati... Gambar-gambar kat atas tu, baru sikit yang saya tunjukkan... Ada banyak lagi kerosakan ataupun keretakan yang muncul... Table top pun boleh merekah... sedih..sebab tu takde mood nak deko2 bagai...kang dah hias macam, nanti nak repair , fuhhh....
Bukan nak berlagak...husband kata, untuk bayar upah or beli bahan untuk repair no hal, InsyaAllah...tapi penat la nak pindah sana, angkut sini barang2 dalam rumah bila part2 tertentu perlu di-repair kan?? Dengan habuk lagi, nak bersihkan habuk...huargghhhhhh.... Dulu plannya, tinggal nak pasang tile je dan kabinet dapur untuk part yang dah siap...sekali...aduhhh.... ermm...SABAR je la.....
Sakit mata tengok retak2 kat rumah sendiri, cuci mata je la tengok permandangan rumah sebelah (rumah my SIL) yang cantik tu...hihi
~Ummi Auni&Aufa~
Read more...