Click!!! click!!!

Friday, August 6, 2010

Update...update...

wahh!!!sudah lame sungguh la tak update or jenguk2 blog ni.sungguh sudah bersawang.memang la tak rajin, malas sungguh nak berblog sebelum ni.sejak mula kerja di tecways ni la..adoii la..

erm, last updated is on january 2010. hah, dah masuk berapa bulan ni. Perkembangan??terlalu pantas masa berlalu. Auni Raudhah pun sekarang sudah berlari!!! hihi..seronok tengok perkembangan anak membesar. Semakin bijak plak tu, semakin manja,hihi..

Owh ye..Auni Raudhah bakal jadi kakak bulan disember ni, InsyaAllah. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Tak pe la auni raudhah dapat adik walaupun masa tu nanti dia tak cukup lagi umur 2tahun. Dah pandai lari, dah pandai cakap, kira ok la kalau ada adik. Makan sendiri pun dah pandai. Hihi, teringat pula, penat-penat ummi ajar sebut "Daddy" dia nak juga sebut "BAPAK"..hihi..ohh apakah?? tak pe la.daddy pun tak kisah raudhah panggil daddy = "BAPAKK"

haa..di sini, sekarang tengah nak rajin-rajin cari info pasal penyusuan, ber'cloth diaper', baby wearing. erm, semua untuk persediaan kelahiran adik Auni Raudhah ni. Girl or Boy, masih belum pasti. Busy tak sempat scan lagi ni. Tak kisah la Girl or Boy, asalkan sihat.

Yup, dulu Ummi tak berjaya nak susukan auni raudhah secara exclusive breastfeeding dalam masa 6bulan. Sebab apa?? sebab tak cukup ilmu. Kenal susuibu.com pun lepas seminggu start kerja. Rupa-rupanya, ummi jauh ketinggalan pasal hal-hal penyusuan susu ibu ni. Maafkan ummi ye sayang. Tp ummi cuba untuk buat yang terbaik kan..cuba untuk bekalkan stok susu perah walaupun masih tak cukup dan kena topup dengan susu formula..

JADI!!! Azam untuk menyusukan adik secara exclusive breastfeeding selama 6bulan pertama, akan ummi cuba laksanakan, insyaAllah..

Akan dihuraikan apa itu exclusive breastfeeding dalam entri yang lain. Harap-harap ada masa nak update blog ni la lepas ni. hihi

Haa, sekarang ni pun Auni Raudhah masih breastfeed. Cuma.. sekarang ummi tak pump dah. start pregnant, due to morning sickness(erk, sampai petang loya2 muntah2!!), memang totally tak larat dah nak mengepam. Tambahan, production susu memang merudum masa pregnant ni. Jadi, auni raudhah hanya menyusu bila nak tidur sahaja. Memang terpaksa bagi susu formula la. huhu..

tapi, tidak mengapa kan, jika lepas lahirnya adik si Auni Raudhah nanti, dia akan sambung menyusu bersama adiknya?? hihi..ini dinamakan tanderm nursing. Persediaan, cara-cara nak menjayakan tanderm nursing ni, memang ummi tak habis study lagi. Akan dikaji dan insyaAllah akan diceritakan dan dihuraikan dalam blog ini. Untuk rujukan dan tatapan ummi nanti. Senang sikit, tak payah jenguk-jenguk web lain kalau semua info dah simpan dalam blog ni kan? :)

oh yea, lagi satu, azam ummi..untuk ber'fully cloth diapering' si adik dan juga Auni Raudhah. ummi dah cakap dengan daddy, kalau dah pindah nanti, ummi nak start balik pakaikan Auni Raudhah cloth diaper. Sbb keadaan rumah sewa yang agak kurang memuaskan(alasan je kot..hikhik, sbb kena bongkok2 bila nak bersihkan cloth diaper tu..hihi), jadinya ummi tak larat nak teruskan. tak apa la, koleksi banyak-banyak tu, boleh digunakan lagi :). Akan ummi update juga cerita-cerita dan info serta photo-photo menarik yang berkaitan dengan cloth diaper ni. Dah beli banyak-banyak, membazir dan rugi la jika tak digunakan. btul tak??

Baby wearing? Baru beli, dan baru pakai 2-3kali. Pakai bila pergi pasar or shopping complex. Cuma, tak tau bagaimana nak masukkan new born baby dalam tu.hihi, kena rajin2 cari info dan praktis juga ni..hihi
Read more...