Click!!! click!!!

Friday, July 29, 2011

Harapan ummi auni&aufa untuk Ramadhan kali ini..insyaAllah

Pejam celik, pejam celik..bakal berjumpa lagi dengan Ramadhan yang penuh keberkatan..Ramadhan yang dirindu... erk, tetiba teringat, nanti 21Ramadhan saya sambut hari lahir lagi..heheh...sebab tahun 1983, 2 Julai jatuh pada 21 Ramadhan.. kalau tak silap! :p

Ok la, nampaknya kali ni awal-awal bulan Ramadhan, bertiga je la kami ni.. Auni, Aufa dan umminya. Hee, bapaknya macam biasa, keluar outstation.. ke Hong Kong lagi..

Kali ni, pertama kalinya, berpuasa dengan 2orang anak. Kali ke-4, berpuasa sebagai seorang isteri, hihi. Sejak dah kahwin, tiap kali sahur memang wajib la bangun pagi untuk memasak.  Harap2, tahun ni, walaupun permulaannya kena bersahur sorang2, harap2 dapatlah memasak untuk diri sendiri. Kalau dulu ketika anak masih sorang, confirm balik dan tidur rumah mak, sahur rumah mak, kalau husband outstation. Kali ni, wahh..malas nak angkut tidur rumah mak sejak ada anak dua dan sejak dah pindah rumah baru.

- Semoga dapat memperbaiki amalam dan ibadat, dan diberkati oleh-Nya
- semoga diberikan kesihatan sepanjang berpuasa
- semoga dapat masak sendiri di rumah untuk berbuka- kalau tak sempat terpaksalah beli...huhu..sedih
- semoga dapat berpuasa penuh - cik period, takyah datang dulu la ye....
- semoga menjadi seorang yang semakin penyabar
- semoga dapat memperbanyakkan membaca al-quran, walaupun secara online pun boleh kan..
- semoga tak malas nak memerah susu di tempat kerja! heheh...

Terawikh? sejak dah kahwin, susah betul nak dapat terawikh walaupun kat rumah....sedih! :(

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Tuesday, July 26, 2011

Peraduan dunia susu ibu 2011




KATEGORI : Penyusuan berganda / Tandem nursing (menyusu semasa mengandung / menyusu lebih dari seorang anak serentak)

TARIKH LAHIR ANAK :  
AUNI RAUDHAH - 8 Mac 2009
AUFA NAURAH -1 Disember 2010

Menyusukan anak ketiga mengandung, itulah pengalaman berharga yang saya perolehi bila menjadi seorang ibu. Anak sulung saya berusia hampir setahun ketika saya mengandung. Walaupun anak pertama saya telah diberikan susu formula sejak berusia sebulan dek saya yang tiada ilmu penyusuan susu ibu ketika itu, namun dia masih menyusu badan dan saya masih memerah ditempat kerja, dengan harapan saya dapat menolak tepi susu formula. Walaupun tidak berjaya, saya tetap memerah susu di tempat kerja, sehinggalah saya disahkan mengandung semula.

Tak larat rasanya untuk memerah susu ditempat kerja, ditambah dengan badan yang lemah dek morning sickness yang teruk. Takpelah tak dapat perah, asalkan malam dapat menyusukan si kakak.

Bermulanya mengandung kali kedua, dalam hati memang nekad, mahu menyusukan anak kedua dengan susu ibu sahaja selama 6bulan pertama, tanpa air masak, tanpa susu formula. Dari situlah saya memulakan usaha, menimba ilmu mengenai susu ibu sebanyak yang mungkin, membaca hal-hal pengendalian susu ibu ditempat kerja dan mula menambah gadget sedikit demi sedikit sebagai bantuan untuk memudahkan sesi penyusuan nanti.

Memandangkan saya telah ataupun boleh dikatakan gagal menyusukan anak pertama dengan susu ibu sepenuhnya, tapi kerana kegagalan itulah saya kembali bersemangat.

Cabaran:

Tidak banyak cabaran yang saya lalui ketika mengadung dan menyusukan. Ye, memang orang keliling terutama keluarga sendiri akan cakap "tak elok menyusukan masa mengandung ni, nanti anak dalam kandungan cacat!" "orang2 tua dulu2 tak bagi menyusukan anak masa mengandung, takut nanti anak yang disusukan sakit mata"..macam-macam... malahan nurse di klinik kesihatan pun menyuruh saya menghentikan penyusuan ketika itu... tapi saya tak risau bila mana doktor di klinik kesihatan kata "takpe...teruskan penyusuan..nanti lama2 dia stop sendiri, sebab susu time pregnant ni tak sedap..." heheheh..tak sedap ke? sampai bersalin si auni raudhah masih menyusu..hihi

ye, sebelum tu saya ada jumpa doctor private, dia menyuruh saya menghentikan penyusuan. Tapi saya degil, tetap teruskan. Bila jumpa doktor klinik kerajaan, baru saya lega.

Alhamdulillah, tiada kontraksi di awal2 mengandung, bayi dalam kandungan juga sihat dikala saya mengandung dan menyusukan.. malahan ketika itu juga, kami berpindah rumah...penat..meyusukan, mengandung dan pindah rumah...ditambah berpindah beberapa hari sebelum bulan puasa..

Ye, saya juga berpuasa ketika menyusukan dan mengandung. Memang letih ketika hari cuti ataupun hujung minggu.. si anak mau mengempeng saja ketika itu..takpe..layankan..ummi masih larat.. Saya tinggal puasa 3hari ketika bulan ramadhan tahun itu. Kerana terpaksa minum air gula (hee..konon ngelat takmo tinggal puasa, saya datang2 klinik cakap dah sahur...pastu kena buat juga minggu depannya).. dan 2hari kerana anemia ataupun HB rendah..maunya asyik nak pitam je kan, dah la morning sickness sampai 5-6bulan gak...ketika bulan puasa kandungan saya berusia hampir 6bulan..huhuhu

Orang kata, kalau menyusukan ketika pregnant, boleh jadi anak dalam kandungan akan lahir awal, ataupun tak cukup bulan. hee, tidak pula bagi saya, aufa naurah lahir pada 39minggu 5hari...hihi..itupun jenuh pujuk cepatla keluar dik....heheh

Alhamdulillah, walaupun menyusukan dikala mengandung, anak yang dilahirkan sihat2 saja.. berat 3.17kg, dan seorang bayi yang 'bulat'...hehe..

Selepas lahirnya aufa naurah, saya gembira dapat menyusukan aufa sejam yang pertama. Mungkin berkat menyusukan ketika mengandung, tiada masalah ketiadaan susu. Sentiasa mendengar yang anak kecil itu menelan . Dan bibirnya juga sentiasa basah (basah air liur kot ek..hehehe)

Saya juga masih meneruskan menyusukan auni raudhah selepas kelahiran adiknya. Ketika inilah begitu banyak cabarannya. Sungguh...saya tak terdaya. Bila mana si adik menyusu, sudah pasti si kakak mau menyusu juga. Sanggup si kakak meninggalkan nasi yang sedang dimakan, dan meluru ke umminya untuk menyusu bila dia nampak adiknya sedang menyusu. Tak boleh negotiate ok. Tak boleh nak tunggu2, kalau tak confirm dia menangis. Sudahnya, terpaksa la merelakan hati menyusukan kedua2 anak serentak...hahahah..sangat merindui situasi ini...

ketika itu, stress memang stress sangat. letih. Ditambah suami outstation ke luar negara ketika saya berpantang minggu ke-2. Dan kali itu saya berpantang sendiri di rumah.

Saya tidak memerah ketika berpantang. Manalah sempat bila ada 2 orang anak yang menyusu,kan..hehe.. tapi saya mula memerah susu ketika bayi kecil berusia satu bulan. Sebab dah nak masuk kerja...huhu...ketika itu, si kakak dihantar ke rumah mak pada siang hari, jadi saya dapat memerah di siang hari. Alhamdulillah, hasil perahan ketika itu tidak mengecewakan...mungkin hasil dari tandem nursing, kan :)

Cara mengatasi :

Bila mana ramai kaum keluarga atau jiran menyuruh saya menghentikan penyusuan ketika mengandung, dalam hati memang ada kerisauan. Tapi kerana telah banyak membaca pengalaman orang lain di blog2, di forum-forum (ratuhati.com dan susuibu.com) jadi saya telah bersedia untuk menghadapi kata-kata orang keliling. Saya akan jawab, "tak de apa-apalah..insyaAllah semuanya ok je..." "doktor cakap boleh je..." :) degilkan saya ni...hihi, Kaunselor laktasi (sarakids aka kak farah) pun menyusukan ketika mengandung,kan...

Alhamdulillah, tiada masalah pada kandungan, jadi saya meneruskan penyusuan di kala mengandung. Perlu diingat, dapatkan nasihat doktor, kalau boleh doktor yang pro-BF, jika mau meneruskan penyusuan ketika mengandung. Lain orang, lain ketahanannya kan.

Sebenarnya saya tak sanggup dan belum bersedia untuk berpisah susu dengan auni raudhah.. Sebab itulah saya degil dan berkeras mahu meneruskan penyusuan walaupun saya mengandung. Tapi perlu ditopup juga dengan susu formula..

Tapi, saya hanya menyusukan kedua2 anak serentak sehingga auni raudhah genap 2tahun. Adiknya lahir ketika auni raudhah berusia 1tahun 9bulan. Hampir 4bulan sahaja mereka berkongsi susu ibu. Auni memang reject susu perahan, hanya mau direct feeding sahaja. Itu semua kerana kelemahan umminya. Saya tak larat, untuk memenuhi permintaan yang serentak bila pulang dari kerja tanpa suami di sisi...huhuhu...

SOKONGAN YANG DIPEROLEHI:
Sokongan tentunya yang pertama dari suami. Dialah yang mau saya meneruskan penyusuan ketika pregnant. Kerana dia kata, kasihan auni sebab kecil2 dah nak ada adik..takut emosi anak terganggu, sebab tu suami menyuruh saya meneruskan penyusuan.

Sokongan, banyak diterima dari kawan-kawan yang tak dikenali..hihi..kawan2 di forum-forum. Terima kasih semua :)

MENGAPA SAYA MEMILIH UNTUK MENYUSUKAN ANAK-ANAK DENGAN SUSU IBU:
1) Sebab saya antara anak yang minum susu ibu sepenuhnya..nak juga anak2 dapat sama macam umminya..hehehe

2) Kerana ayat dalam surah al-baqarah.

3) Sebab terbaca banyak kelebihannya bila menyusukan anak, baik pada ibu ataupun anak itu.


Tak kisah la walaupun letih dan kelam kabut, saya tetap mahu menyusukan anak2 saya selagi saya terdaya.


Alhamdulillah, 6bulan penyusuan ekslusif telah berjaya. Dan saya masih meneruskan disamping solid food, dan berharap dapat menyusukan aufa naurah selama mana yang dia mahukan...insyaAllah...

Bulat kan? Aufa naurah beberapa minit selepas dilahirkan.. walaupun berkongsi 'makanan' ketika dalam kandungan...

Alhamdulillah, berjaya penyusuan sejam selepas dilahirkan..

Pendorong saya, mereka bertiga.. :)

Sebab sayang susu, saya sudah ada anak susuan.. Izzazi Syahmina, seorang bayi yang lahir pra-matang :)

Dulu, semua ini hanya impian..tengok hasil orang lain..bila ada anak kedua, sudah jadi kenyataan :)

Antara hasil perahan awal ketika tandem nursing.. :)



Saya tag semua kawan2 yang menyusukan anak dengan susu ibu..sila2 ye... :)




~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Monday, July 25, 2011

Aufa yang manja...

Meh layan la muka monyok aufa bila duduk dalam car seat.. Dia tau ummi nak tinggalkan dia untuk pergi kerja.. Letak-letak dalam car seat je mesti menangis.. Pastu muka masam je.. Kesian dia..hihi, tapi ummi nak ketawa je tengok gelagat dia... Muka masam! Monday blues kot.. ahaks :p

Sayu....huhu

Marah ke?? hehe

Marah lagi?? huhu

Padahal hari sabtu dan ahad ketawa n senyum2 je (kecuali kalau ummi masuk bilik air dan tutup...confirm meraung depan bilik air kan?? :p..)

Itulah...aufa naurah..yang sangat2 manja dengan umminya....hihi


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

GA My Little Secret - Fisher Price - Tagged by Nik Sima






Hari ni ada 2orang tag untuk masuk GA dan contest. Join GA ni dulu la memandangkan ianya simple je..Mana la tau ada rezeki untuk anak-anak..eheheheh

Boleh link ke sini untuk melihat syarat2 GA tu...

ok.. nak tag... WINA, KAK ARRA, FIZA


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Friday, July 22, 2011

Busy sangat ke..tapi sempat buat post..hehe

    curi image dari google...heheheh


Ye..memang busy..maklumla, buat task yang belum pernah lagi saya buat selama bekerja... Sebelum ni kerja software engineer dok sibuk pikir2 coding, buat programming...sekarang sejak kerja tempat ni, dah setahun saya tak asah skill programming saya...sedih? memang sedih.... sebab berkarat dah otak ni..sekarang kena karang buat documentation pulak...buat tender pula...huhuhu...

so, sebab nak cari idea nak 'menggoreng' ayat dalam tender, kena la duk menung2 diam2 jauhkan diri dari berforum dan berblogging kejap..cehh...

wahh....sedih tau...sangat2 rindu dengan java, php, joomla dan macam2 lagi....... :( boleh dikatakan, sejak setahun dah tak buat development, saya dah lupa semua2 tu....dah la setiap masa teknologi berubah-ubah..drastik...saya dah banyak ketinggalan....... tu la, kat rumah pun tak sempat nak studi,belek, refresh hal2 berkaitan programming....lagi seronok blogwalking, forum :p

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Wednesday, July 20, 2011

My Milk Booster - Durian

Hee..memandangkan sekarang musim durian, taknak melepaskan peluang makan durian juga..hihi. Yang bestnya, durian ni boleh jadi milk booster kan.. Tapi kadang2 malas la nak bangun malam untuk pam susu..

Semalam buka2 pintu rumah je, ada bau durian..Tercari-cari dalam rumah tapi tak jumpa.. Buka pintu belakang, ada 4biji durian. Hehe, ni mesti pakcik yang bagi, sebab pokok durian dia belakang rumah kami je.. Best2 dapat durian free...
4 biji durian dan sebatang penyapu patah...mesti kerja si auni nak halau cat ni...huhu

Lepas tu, bapak auni&aufa balik dari kerja dan singgah pasar malam, juga beli durian..Tapi durian yang dalam paket tu ..3paket rm10..Senang takyah susah-susah nak buka buah tu, dan tak rugi :p Sebab sebelum ni pernah beli durian, 3biji rm10, sebiji rm5 tapi isinya tak cantik..dan ada yang sebiji tapi isinya cuma 2 ulas...huhu

Auni pun suka sangat durian..memang kena sorok je dari dia..takut dia makan banyak2 nanti panas badan pula kan...Heeee


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Tuesday, July 19, 2011

Bila perut 'tak sihat'..

Sedap kan minum air kultur ni..eh ni nama air yogurt..sama je la kan..


Minta bantuan la cik Dutch Lady yang ni...Lepas minum tak sampai sejam, gesaan itu pun datang.. Lepas tu kembali selesa la cik perutku itu... Sungguh, macam ni la kan kalau dah ada anak, erk ke saya je ek...masa pregnant ok2 je..takde sembelit pun...lepas bersalin selalu je macam ni walaupun dah 7 bulan.... :(

Takkan nak minum setiap hari?



~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Monday, July 18, 2011

Suka la tu bapak dah balik...hehe

Sabtu lepas, jam 12.30pm bapak si auni&aufa selamat pulang dari Kota kinabalu...chewah..isk, selamat dia tolak job pergi hong kong, kalau tak semalam or hari ni mesti dia berangkat..hehe...


Si auni tu memang dah rindu sangat dengan bapaknya....asyik sebut dan tanya je..bapak kerja mana..cakap nanti bapak balik la..kesian..sampaikan my MIL kata dia demam sebab rindu bapaknya tu.. sebab MIL kata bapaknya dulu pun selalu demam bila ditinggalkan abahnya...heheh .

Hehe, bila bapaknya sampai..gembira la si auni..lari sana, lari sini..konon malu2 dengan bapaknya.. lepas tu, minta dukung...si aufa pula, bila nampak kakaknya didukung, dia pun nak juga...tunggu2 je dia...pastu bila dah didukung bapak, sombong pula dengan ummi...ummi hulur tangan, dia toleh2 je takmau ikut ummi...heheh...lepas rindu la tu ye...hehehe



suka la tu bapak dah balik...hehe


Eleh...aufa mana boleh lama-lama sombong dengan ummi...ni nak ikut ummi la tu...hehe

Agaknya betul la..si auni yang nampak murung sebab tak sihat tetiba jadi ligat pula lepas jumpa bapaknya...ligat dan lasak..happy je dia lepas tu...penatla nak layan dia...heheh..memang demam rindu bapak ke.... hehehe



~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

kisah si Avocado..

huhu, duk terbaca buku tu, ada avocado..duk tertengok website tu, ada avocado..takpernah makan pun sebelum ni.. dek ketandusan idea nak bagi solid food kat aufa sebab dia tak boleh lagi makan bubur nasi sebab sembelit, makanya terbeli juga avocado kat giant..tup..kali ni murah pulak...rm2.29 sebiji .selalu tengok kat tesco rm3.99 kot.. So, beli saja lah 2 biji...nak try, test dan tengok..heheh


Sampai je rumah, teruja jakun nak belah si avocado tu... Nak rasa sebenarnya..sedap ke? terbaca, katanya lemak2 macam tu rasanya... Sekali ku rasa, mak aiiiiii....kenapa macam rasa telur rebus??? memang macam tu ke...isk..try bagi aufa rasa...nyum,nyum sedap je dia makan...hahahah



Esoknya...mari buat puree avokado...sungguh ummi auni&aufa ni tak sanggup nak makan lagi buah tu..tak sedap... so, risau aufa taknak makan puree tu, saya campurkan dengan kurma sikit...avokado + kurma, ok la kan...aufa suka...


Puree avocado + kurma

"saya makan je.....kalau orang tanya sedap ke tak, saya senyum je la...heheh"


Memang macam tu ke rasa buah avokado ye...ermmm....takpelah..kalau aufa suka, lepas ni boleh beli lagi...kalau tak suka, memang takkan beli dah...hehehehe

Auni? huh, dia tengok reaksi muka umminya masa gigit n kunyah buah tu, terus dia taknak..hahah

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Friday, July 15, 2011

Cerita lama... "AKU TAK BODOH..."


Aku juga tak bodoh..heheh

Isk...dari dulu lagi minta husband belikan VCD filem "AKU TAK BODOH" ni..dari tahun lepas lagi. Baru dapat dibelikan bulan lepas. Dapat tengoknye, malam tadi..tengok dengan aufa yang ngempeng je la.. husband outstation, auni pula ke rumah sebelah main dengan cousinnya..

Memang best cerita ni.Saya suka...sebab jalan cerita filem ini sangat memberi pengajaran yang banyak kepada saya juga. huhu, sebab bila tengok filem ni, saya sedar..anak2 perlukan perhatian kita, cara tegur anak-anak bila dengan cara yang berhemat dan lembut, dan anak-anak akan meniru kelakuan kita... umpama, uhh...aku telah tersedar.. sebab sebelum ni, duk asyik senang je marah2 auni, dia mesti tensen walaupun dia macam buat2 tak dengar . ermm...sabar..sabar...

Dan cerita ni, mengajar kita belajar menghargai seseorang, rajin2lah puji anak..cari kelebihan dan kebaikan anak...jangan asyik nak cari salah anak...betul tu...bukan je dengan anak, dengan orang lain pun kena camtu gak kan...

Filem ni memang best...korang dah tengok? heheh...saya je yang ketinggalan lama baru dapat tengok kot... filem yang lucu tapi akan buat kita menangis gak...huhu



~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Bila anak-anak demam...

Haiii...bila anak-anak demam, kena lah si umminya ambil emergency leave..
Bila anak-anak demam, huhu masing2 kuat merengek...tidur malam pun tak lena kan...cian diorang..
Bila anak-anak demam, isk, masing2 nak marah antara satu sama lain..kakak marah adik, adik jerit nangis kalau kakak usik or sentuh adik...garang la adik...
Bila anak-anak demam, masing2 dok kejar umminya, nak minta didukung...kuat ke ummi nak dukung kalian berdua? salah sorang takpe...daddy kuat la...huhu

Kakak nangis...adik pun merengek je...dua2 asyik kejar ummi minta didukung..huhu

Kakak marah adik, sebab adik nak usik cup barney kakak punya...

Adik dah didukung...kakak pun nak juga..manalah ummi larat nak oii...


Macam kembar pulak..dua2 sama2 batuk dan selsema...kakak pula demam..adik je tak pernah demam lagi setakat ni...cepatlah sihat sepenuhnya anak-anak ummi ye...

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday juga... :p

Teringin masak soto lagi..puas makan berkali-kali..hehe

Aufa...pipi dia dah hampir sama tinggi dengan hidung - selamat la hidung pesek je...hehe

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Tuesday, July 12, 2011

Kisah si 'bantal-bantal' peluk

Sebenarnya hari ini letih sikit...sebab keseorangan lagi jaga anak-anak. Husband outstation ke Kota Kinabalu. Jumaat ni baru dia balik, insyaAllah.. walaupun selalu ditinggalkan, tapi sungguh saya masih tak biasa nak lalui hari2 tanpa dia penat sebenarnya berkejaran, dan penuhi permintaan anak-anak bila balik dari kerja..hihi .

Biasanya jam7 saya sampai rumah siap ambil anak-anak. Kalau rajin, saya stay kat rumah mak dan balik ke rumah selepas maghrib. Tapi macam tu lagi letih, sebab nanti sampai rumah dah gelap, sunyi je suasana keliling..takut la sikit..takut ada orang jahat kan..heheh

Sampai je rumah, masukkan aufa dalam walker dah 7bulan, tapi dia tak pandai mengesot..statik je macam orang terbang or berenang tapi tak bergerak..confirm dia nangis kalau diletak..heheh , dan saya mandi bersama auni...haruslah buka pintu bila mandi, supaya si aufa tak hilang dari pandangan...kalau pintu tertutup confirm ada orang melalak menangis kuat2 jiran sebelah adalah kakak ipar, kang dia pelik kenapa budak tu melalak..huhu

Siap2 mandi, mestilah pakai baju kan..ehehe..time tu mesti aufa melalak nak menyusu...wajib bagi dan layan dia dulu , 5minit pun jadilah...so aufa dah dapat candunya, dia senyap la pastu...then dia main2...

Bila aufa dah senyap, layan auni raudhah makan malam pula...ni la part mencabar..sebab bila dah kenyang, confirm dia akan buat main makanan dia tu...bersepah nasi..huisshh...ikutkan hati memang nak marah....membebel je la pastu ummi auni&aufa ni...

Selesai solat magrib, adalah nanti budak kecil merengek, mengaruk sebab dah mengantuk.. waktu tidur aufa memang cepat...paling lewat jam 8-8.30malam..so, ajak la si auni sekali masuk bilik untuk tidur..

Time kat bilik ni, mencabar la juga...tengah layan nak tidurkan aufa, ngempeng...nanti kedengaran la..."ummi..nak milk buat"...ada budak nak susu..masa ni, haaiii...dalam hati pening ..mana satu nak didahulukan ...si aufa tengah ngempeng dan hampir lena, then si auni nak susu pulak...huhuhu

"nanti dulu ye..tunggu adik tidur.." try negotiate kononnya...kalau berjaya, ok la..kalau tak, huh..makin bising la si auni tu... so, akan mengalahlah si umminya, tinggalkan adik aufa...meraung la budak kecil tu...tapi kadang2 dia senyap je..hehhe

dah siap susu, patah balik masuk bilik..tidurkan anak-anak lagi....tetiba telefon berbunyi...heheh...pakwe ummi auni&aufa called la... hah, sudah...anak2 pun mata terbeliak..dah mak diorang loudspeaker kan bagi dengar suara bapak diorang..hehe...yang mata dah mengantuk, jadi terbuntang balik...

Dah habis cakap2 dalam telefon, sambung tidurkan anak-anak....nanti tetiba ada suara lagi..."ummi..nak num ting" hee..minum air kosong je tu...sebab mesin elken tu bunyi "ting!"..heheh...aduhh..pulak la nak minum pulak si raudhah ni..agaknye kena sediakan botol air dalam bilik kan...time ni dah malas dah nak bangun pergi dapur...huhu....

Tak dilayan si auni, samada dia akan tertidur..ataupun tak...kalau tertidur memang kesian sebab permintaan tak dipenuhi..kalau masih belum tidur dikala adiknya dah lena, memang umminya ajak dia keluar bilik la...nak cuci botol2 EBM adik aufa, cuci breastpump..kemas2 dapur..siapkan baju2 anak untuk esok...banyak lagi nak dibuat, tapi kadang2 penat or tetiba ada budak terjaga nak menyusu lagi...haruslah ikut tidur sama dengan anak2...

Macam tu kadang2 rutin lepas balik kerja...tu kalau umminya sihat, kalau time demam confirm pagi2 huru hara sebab botol belum cuci, EBM belum thaw lagi...baju belum bersidai..banyak la terbengkalai macam pagi tadi..sebab malam tadi demam sikit...heheh..pulak malam tadi ada orang tidur dengan muntah! kering muntah si auni yang banyak tu...tak pasal bertiga bangun jam 3 pagi semata nak tukar cadar....

Itulah cerpen pagi ni..luahan hati ummi yang letih...kisah 2 orang bantal peluknya...seorang tidur kat belah kanan, seorang lagi belah kiri...bapaknya? hahahah...


Bersepah bantal...tapi 'bantal' peluk yang sedap dipeluk adalah dua budak dalam gambar ni..hehehe..tapi bila bangun tidur mesti 'bantal-bantal' peluk tu pindah posisi..entah ikut suka je tidur..masing lasak..maunya pusing 180degree pun ada..heheh


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Wednesday, July 6, 2011

my little helper... :)

"ummi nak sidai baju?".. sidai yang dia faham adalah masukkan baju dalam mesin... kalau disuruh mesti dia masukkan semua baju2 dalam mesin basuh...senang dan ringan sikit kerja ummi..hihi..harap2 sampai besar la si kakak odah ni rajin tolong ummi ye...


lagi satu, rajin tolong bawa baju2 yang telah dilipat bapaknya untuk disimpan di almari ataupun rak baju...tapi...rosaklah lipatan2 tu...hihihi...

thanks raudhah..jadi anak rajin ye...hihi

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Tuesday, July 5, 2011

Hasil godek dan godek..bergambar ala model..hihi

Dok hilangkan tension jap, tergodek album kat fb abang ipar (dia takde dalam friendlist saya pun), hihi lagipun kami boleh dikatakan tak pernah berbual..hahah...

then, godek2 album tajuk anak buah2 dia..terjumpa la gambar2 anak dara saya...si auni raudhah...hihi..bergambar ala2 model terpaksa dan dipaksa...hahahah...nak tergelak ummi tengok la kakak!!!









Tapi, ummi suka tengok sebab pemandangan baju rm10 tu macam nampak ceria2 je..





~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

'angry bird'

pewhh.. saya tak pernah main angry bird pun tau.. tapi nak marah dan buat muka macam angry bird je.. muncung bila tiba-tiba dapat task yang keluar scope walaupun dalam field yang sama..cet,,title software engineer..tapi kena buat jobs orang keje jadi hardware engineer... berbeza.. makkkkkkkk...tolong!!!!! saya dah setahun tak buat programming....rinduuuuuuuuu.....skill saya dah banyak hilang......benci!!!!

maaf ye...saya nak luahkan perasaan...terluah kat sini pula...stress!


Agaknya macam ni muka ummi auni&aufa bila tension..hihi
gambar cilok dari google...huhu



isk..isk..fikir positif..fikir positif...


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...