Click!!! click!!!

Saturday, January 23, 2010

Iklan TV yang Auni suka

Si manjaku auni raudhah tersangat la suka dengan iklan2 ni. So, aku pun google dan download untuk dia. senang sikit boleh bagi dia tengok puas2 dan leka. Boleh la ummi tinggal buat kerja2 rumah :)


iklan horlicks 2009



iklan scott emulsion



iklan ribena
Read more...

Mengimbas kembali..

Aku terpanggil untuk sama2 memblogkan diri apabila ramai mommies di luar sana yang menulis jurnal tentang anak2 mereka.nampaknya aku tengah nak belajar menaip dengan ejaan yang skema sekali. banyak juga blog yang aku baca. paling aku suka, tentang supermoms yang dikurniakan anak istimewa. sungguh tabah sekali mereka membesarkan dan mendidik anak2 mereka. semoga Allah sentiasa memberikan mereka kekuatan dan ketabahan.

yeap, kat sini terasa nak share cerita tentang si comel, Auni Raudhah. My sweet sweety princess. pejam celik, pejam celik, si Auni sudah 10 bulan. memang tak sangka masa berlalu dengan cepat sekali..

Auni Raudhah, dilahirkan 8 mac 2009, jam 10.28pm. EDD 9 mac, induce gara2 blood pressure aku naik. Alhamdulillah, semuanya selamat dan auni dilahirkan sihat dan sungguh comel sekali.


Inilah photo pertama Auni Raudhah, lebih kurang sejam selepas dilahirkan. Dan inilah photo yang paling aku suka.

Sekarang, auni dah 10bulan..semakin lasak, aktif dan ceria. Menjadi menghibur ummi dan daddy. Dalam umur 10bulan, auni sudah pandai bertatih, setapak dua tapak kira ok la kan? merangkak pula, agak ada kemalasannya. Tapi diikutkan dia sudah pandai merangkak, cuma lebih suka untuk menjulur/mengesot saja,hahah.Tak pe lah, asalkan auni sihat dan bijak.


Auni dah pandai mengajuk apa yang orang cakap dan tiru apa yang orang buat. Tau pulak buat bunyi kentut kalau ada dengar perkataan "kentut". hahah, lagi lah kalau dengar si daddynya kentut kuat2 xmalu. mesti auni akan mengajuk bunyi kentut tu. hahah.

banyak la perkembangan yang aku perhatikan sepanjang 2bulan aku jadi surirumah sepenuh masa. memang seronok bila anak tiap2 hari kita yang jaga. tapi, takat ni saja. sebab aku dah kena kerja balik. bukan suami tak mampu , terfikir bekalan di masa depan bila berlalu perkara yang tidak diingini.

Tak pe la auni, weekend ummi boleh jaga auni, malam2 auni boleh tidur sama dan memek ummi. Nanti ummi kerja, macam biasa ummi pump susu untuk auni ye sayang..ummi sayang auni sangat2..kalau boleh memang nak jaga auni lagi, nak sentiasa dengan auni, tapi ummi kena pergi kerja..nanti boleh la ummi belikan auni baju cantik2, mainan banyak2, apa2 je yang ummi nak belikan untuk auni takkan nak harapkan daddy , dia tengah kumpul duit nak buat rumah,.hahahah. Thanks daddy sebab dah belikan baby car seat yang baru!!! :)

Yeay, mari tengok photo2 auni ni, bagi menarik sikit blog ni yang tak menarik langsung. Ahaks!

"saya tengah tidur, daddy snap juga sebab dia kata saya tidur tutup mata dengan tangan"

"kalau tak silap, ni photo masa saya 6bulan. masa tu hari raya..haha"

"haa..ni gambar saya dengan daddy. Saya sangat sayang daddy"

"haa..ni pula gambar saya dengan ummi :) gigi ummi cantik la :p"

"haa..costume ni daddy belikan masa dia kerja dekat guam, tapi saya dapat pakai 2kali je..tak muat dah.."


"eh, si cat nenek nama KIKO...saya suka!!!"










Read more...

Wednesday, January 20, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST

MARI2....Join Contest ini....isi2 masa lapang..memeriahkan suasana...hehe
contest
pertama yang aku nak join...suke2 saje..memeriahkan suasana...heheh..contest apakah??


ANJURAN :-PRETTY ZAZA
TARIKH TUTUP :- 5 FEBRUARY 2009

dan....inilah photo yang aku pilih...hihi

AUNI RAUDHAH BINTI MOHD NOR FAUZI
10 BULAN
BABy GIRL :)


Read more...