Click!!! click!!!

Tuesday, May 31, 2011

Dua beradik..

Mentang2 banyak masa free buat masa ni je la.. kat office, maka ada masa lah ye nak belek2 gambar2 dalam kamera.. Bila tengok2 balik, erk ini gambar siapa? Gambar adik aufa ke gambar auni... Dah namanya adik beradik acuan sama je , muka pun ada iras la.. ikut muka bapak je la..huhu


Auni Raudhah semasa berusia 5bulan lebih

Adik Aufa Naurah, gambar terbaru..5bulan lebih juga..




~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Monday, May 30, 2011

My Milk Booster - Buah Laici

Rajin pula nak post entri ye. Haa, nak share sini.. Sabtu lepas kami jalan2 habiskan duit ke pasar malam di Puncak Alam / Shah Alam 2 sana nun. Jalan punya jalan, bapak auni&aufa ternampak la laici. Dia berminat kami pun tumpang minat dan belilah 2kilo..Sekarang sekilo masih mahal, RM8 gitu.


Balik rumah, makan dan layan la buah laici yang masam manis tu,sedapnya...lagi2 yang sejuk bila dimasukkan dalam fridge tu.

Yang ni sekilo rm8, ada yang sekilo rm6, tapi warna dia putih2 sikit..


Bila malam nak tidur, wah..rezeki...susu asyik 'tumpah' je..memang kena rajin la pula mengosongkan juga, kalau tidak habislah basah lencun je. Rasanya sebab penangan si laici ni. Bila camtu, mau ku telan je walaupun kadang2 dapat yang masam tu...



psst, hasilnya mungkin berbeza mengikut individu..tapi, jangan lupa kerap kosongkan breast :)

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Rutin harian yang akan berubah

Sedar tak sedar, sudah nak masuk bulan Jun sudah.. Banyak betul agenda dengan bulan Jun ini. Anniversary jatuh pada 6 Jun ini, birthday husband 19 Jun ini, dan tidak lupa, 1 Jun ini genaplah usia Aufa Naurah bersamaan dengan 6 bulan! Ye..enam bulan rupanya, terasa baru semalam sakit perut bersalinkan dia..hihi


Bila aufa masuk enam bulan, sungguh akan berubah sikit rutin harian umminya. yang pemalas ini. Kembali seperti tahun 2009 yang lalu, bangun pagi bukan nak buat sarapan pun dan memasak bubur si auni sebelum pergi kerja.Tiap2 hari bangun masak, bunyi bising blender la..kalau bangun lambat?? hihi.

Nampak gaya, kena lebih pandai nak manage masa betul2 lepas ni. Dulu anak satu, sekarang anak dua.. Sebelum ni senang, breastfeeding je, nanti nak kena suap solid food dulu, so memang akan berubah dah rutin2 kami semua.. apa-apa pun, enjoy!

Erk, tapikan banyak dah lupa ilmu2 tentang pemberian solid food untuk bayi ni. Kena la godek2 baca2 kan. Banyak sudah lupa, sebab bila dapat anak takda dah nak ingat2 memori silam belakang2, ingat yang ke depan je..hahah, sebab tu dah jadi short term memory lost!

perlulah diulangi adegan kejar mengejar, comot2 macam ni..hihi

Apa-apa pun, tahniah perasan! untuk ummi auni&aufa kerana berjaya menyusukan aufa dengan hanya susu ibu selama 6bulan tanpa banyak halangan.Syukur rezeki adik aufa si booolat :)

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Friday, May 27, 2011

Pergi holiday....??

Minggu depan cuti sekolah ye? wah, seronoknya mak bapak yang akan bawa anak-anak pergi bercuti kan... bawalah saya sekali!. Saya anak kecil2 lagi, belum bersekolah yang sorang merangkak pun belum.hihi so tiadalah program untuk bercuti di kala musim cuti sekolah...huhu.


Tapi, saya teringin sangat nak bercuti..sungguh! Dah lama sangat kami bercuti.. Last sekali ketika saya pregnant anak pertama 7 bulan pada tahun 2009! Lama kan...itulah percutian pertama kami...honeymoon? Boleh la nak dikatakan honeymoon sambil bawa baby dalam perut kan...hihi...
Dapat juga godek2 gambar di friendster.com yang dah lama tak dikunjungi..hihi...Cameron Highlands 2009, aduh..ni pun teringin juga mau diterjah..ongkos sahaja enggak ada...huhu

Itulah yang sebetul2 bercuti..lain2, kalau ikut husband outstation dalam negara, duduk hotel juga tapi bukan bercuti pun walaupun hotel2 yang diduduki betul2 tepi pantai..confirm terperuk la sorang sebab dia pergi site dan saya duduk hotel sendiri dari pagi sampai petang

Tapi, bila terbaca thread kat Ratuhati.com, aduhh...saya teringin banget mau bercuti lah...mau tengok pantai..mau jalan2....haiii, nak kumpul duit la...nak pergi holiday hujung tahun ni.. lama lagi!!!

Teringin pergi mana???


TIARA BEACH RESORT,PORT DICKSON...


psst.... saya sudah mudah teracun..hihi, tengok orang lain nak pergi bercuti, saya pun mau donggg!!!
Juga, perlu dituliskan atau diceritakan di sini, supaya saya tidak lupa...takut terlupa saya yang saya teringin nak pergi situ...hahahah :p
~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Thursday, May 26, 2011

Menghampiri 3 tahun...

Rupanya, sedar tak sedar hampir 3tahun saya sudah bertukar status menjadi seorang isteri. 2 tahun lebih menajdi seorang ibu ataupun ummi. Sungguh cepat dan pantasnya masa berlalu..


6 jun 2011 nanti, genaplah 3tahun usia perkahwinan kami. 3tahun dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Alhamdulillah..

Tapi, seusia 3tahun perkahwinan, terlalu dan masih banyak lagi yang saya perlu perbaiki dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Perkahwinan, bukan untuk mencari kekurangan dan kelemahan pasangan kita, bukan untuk menuding jari mencari salah siapa, tapi sama2 perbetulkan mana yang silap dan sempurnakan mana yang kurang..

Semoga Allah sentiasa memberkati perkahwinan kita. I love u always and forever!

hehe, berjiwang2 pula kat atas nun. Ye memang saya akui masih banyak kelemahan pada diri saya, tapi jangan pula dirapuhkan diri saya yang lemah dan bengkok ini. Kadang2 saya mudah terasa, emosi tak belum stabil dek terkejut kejutan budaya melalui fasa-fasa yang baru dalam kehidupan. Mungkin masih belum pandai menguruskan masa, diri, anak-anak apatah lagi suami dengan baik, jadi berilah saya sokongan padu agar saya dapat melalui hari2 saya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri juga ibu dengan penuh keceriaan warna warni dan kebahagiaan.

Andai dia, dia dan dia bahagia, saya juga bahagia....

psst, dia tu suami dan anak-anak la...hahah


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Monday, May 23, 2011

Gelak untuk diri sendiri..hihi

Bersungguh-sungguh tertanya dalam hati, apa yang bapak auni&aufa belikan untuk ummi auni&aufa hari itu. Sudah terjawab. Apa yang dia belikan ye??


Jeng..jeng..jeng... mari la gelak dulu kat ummi auni&aufa ni sebab.....
.....
....
...
.
.
.
.

Bapak auni&aufa cuma belikan key chain je untuk ummi auni&aufa ni...hahahahahah
Sebab, itu je la yang ummi auni&aufa minta dan itu sajalah yang dia belikan. Nak tergelak pun ada..lurus betul dia tu..hihi

Untuk anak-anak pun tiada, untuk dia sendiri pun tiada..yang ada cuma untuk fridge..hehe, fridge magnet tu la..

Tak apalah, tak kecil hati pun..sebab sebelum ni dia pergi Hong Kong dia dah belikan baju sejuk untuk kami hehe, entah bila nak pakai sebab sini panas..hihi .

Tak apalah, next kalau ada job oversea, wajib kena beritahu saya nak apa dari sana, baru dia belikan la tu..hihi

Apa-apa pun terima kasih sayang, lain kali beli yang best2 ye..macam masa pergi vietnam dulu dapatlah sutera vietnam..hihi

Psst, mana entah keychain tu si auni bawak, tak sempat nak ambil gambar pula.. Ada sesiapa nak? hehe

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Thursday, May 19, 2011

Bapak balik!

Wah, pejam celik, pejam celik hampir 3minggu saya lalui hari-hari saya tanpa gaduh-gaduh si dia di sisi.. Bapak si auni&aufa lah tu. Dan esok(jumaat), dia akan balik, saya pula apply cuti mahu kemas rumah, lipat kain baju, pergi pasar, memasak untuk dia.


Gembira? Mestilah, sebab lepas ni 2 minggu dia tiada job di luar Malaysia. Adalah teman yang boleh menemankan saya juga anak-anak kan? Takut lah malam2 hanya kami bertiga sahaja, bukan takut hantu tapi takut orang-orang jahat.

Apa-apa pun, dalam hati tertanya..........
"Apalah yang dia akan beli untuk saya ye..hihi"

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Tak tunggu Nur kasih the movie.

Wah, hari ini filem Nur Kasih The Movie mula ditayangkan ye!

Tipulah untuk saya katakan yang saya tidak menunggu Nur Kasih the movie ini. Saya tunggu juga, tapi tunggu filem tersebut habis ditayangkan dan beli DVD tonton sahaja di rumah. Kalau sempat rajin. Sebab sejak ada anak, kami tidak berkesempatan untuk ke cinema melainkan ketika hari ulangtahun saya dan kami akan mengambil cuti untuk dating. Erk, tapi tahun lepas (Julai 2010) husband outstation dan tiada dating2 berduaan pun.. :(


Harap-harap tahun ini dia tidak ke mana dan kami akan dating untuk menonton...........
>>>>>>>
>>>>>
>>>>
>>>
>>
>

Transformers: Dark of the Moon 2011
kalau tak silap, bakal ditayangkan 1 julai 2011 ini.

Movie transformers yang sebelum2 ini, memang kami tonton bersama. Pertama ketika zaman bertunang, dan kedua ketika auni berumur 4bulan kalau tidak silap saya. Ambil cuti senyap2 dan pergi dating..haha. Untuk kali ini, husband suddah pesan dan ajak awal2..ok, kang tidak pasal awak tu pergi outstation oversea dan saya terkulat-kulat tunggu or tengok seorang saja la..kan..kan?

Tapi,tahun ini birthday saya jatuh pada hari Sabtu la..apa lagi, bawa la anak2 bersama kan? :p


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Wednesday, May 18, 2011

Kenapa memilih untuk gunakan cloth diaper (CD)

CD? walaupun masih belum sepenuhnya gunakan CD, tapi memang best bila gunakan CD kat anak-anak. Auni&aufa masih belum dan tidak gunakan CD bila di rumah baby sitter(my mak n mother-in-law), sebab mak cakap kalau aufa pakai CD, nampak macam melecet..agaknya sebab di rumah mak agak panas sikit, so jadi melecet? boleh diterima ke reason ni ek...tapi mak saya memang tukarkan setiap 3jam dan bila saya pakaikan di rumah, ok je tiada kemelecetan..huhu, entah la..

Tapi saya tetap suka untuk pakaikan anak dengan CD(lampin kain moden). Sebab apa?


1) Kurang dah sampah untuk dibuang.
Sungguh, tong sampah untuk buang diapers tu kecil je, so bila 2orang anak pakai disposable diapers tu, 2hari je dah penuh. Kadang sehari je dah penuh. Malas betul la nak angkut dan buang ke tong sampah utama.

2) Jimat untuk jangka masa panjang.
Tak kisah la kalau ada jiran tetangga, atau kawan-kawan nak cop ummi auni&aufa ni kedekut sebab tak nak pakaikan anak-anak dengan DD(disposable diapers), yang penting guna CD ni menjimatkan. 1 CD tu bukan murah, harga 1pc CD tu bersamaan dengan 1pack DD tau, dan ada yang mahal sampai rm100 kot. Tapi CD yang saya beli, murah je la..huhu

3) Bila anak pakai CD nampak lagi comel!
Haa, alasan yang perasan! Tapi betul, dah la colourful, pakaikan pula kat baby comel..semakin comel la mereka! hihi

4) Kasihan bumi kita.
Ye la, nak sokong kempen hijaukan bumi, sayangi bumi..kasihan bumi kita, sampah semakin banyak pula.. Dah la DD ni ambil masa lama untuk dilupuskan.

5) Saya mudah terpengaruh!
ye, memang betul alasan ini. Saya mudah dipengaruhi diracuni oleh rakan2 di alam maya. Trend kot guna CD ni..hihi..

6) Sebab saya perasankadang-kadang rajin.
Nak gunakan CD ni, tak boleh bermalas-malasan. Sebab CD perlu dicuci. Kalau cik malas tengah datang, memang CD tu disimpan rapi saja! hehe

Saya lahir tahun 1983. Masa baby, mak pakaikan lampin je. Rasanya tahun 1983 belum ada lagi DD kot. kalau ada pun, mesti mahal dan tak berbaloi untuk dibeli. Mak cuci lampin dengan tangan je, sudahlah tak ada mesin basuh, guna lampin pula tu dan anak ramai, air pula angkut dari perigi..susahnya orang dulu-dulu...

"ummi ni, tak habis-habis nak letak gambar seksi adik la..."
Bila guna CD, anak jadi semakin comel, lagi-lagi kalau pakai CD merah! hehe


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Tuesday, May 17, 2011

Jom Masak!!!

Iye la tu...dah tak rajin la nak memasak sekarang.. pelik pula, dulu time pregnant memang rajin sangat nak masak, berkobar nak baking macam2...sekarang, aduh rela beli je atau tumpang makan di rumah mak bila husband outstation je la!


Tapi, baru-baru ni dah beli 1 buku resepi yang menarik menarik bagi ummi auni&aufa yang jakun ni la . Sebab, buku tu sangat cantik dan resepi dalam tu kebanyakkannya masakan melayu yang masih belum ummi auni&aufa ni cuba taktau nak masak. Kenapa tiba2 je nak beli buku memasak/resepi? Padahal blog mat gebu kan ada!
Takpe la..kadang2 mana la sempat nak buka pc, nak salin2 resepi, jadinya cuba la beli 1 buku resepi chef tu...

Buku 1 hari 1 resepi, chef hanieliza, harga rm39.90. Beli di kedai buku Popular. Tempat lain, tak pasti ada ataupun tidak..hehe

Antara isi kandungan buku tu..

psst, lagi pun encik daddy auni&aufa ada cakap, dia lagi suka makan sedap2 dari pakai baju cantik2 sebab ummi auni&aufa ni ada request mesin jahit, tapi kena reject!hihi,, sudahnya...mari merajinkan diri untuk masak sedap2 untuk suami dan anak-anak!!!

lagi sekali, entri kosong bodo-bodo..
~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Sunday, May 15, 2011

"Odah nak pam!!"

Dah besar anak ummi ni, cepatnya masa berlalu.. Dah pandai, dah sayang adik, dah banyak karenah, dah banyak gelagat yang buatkan ummi rasa nak ketawa, nak marah, nak nangis, nak senyum, dan raudhah tetap ummi sayang sangat2, sangat2 dan sangat!

Raudhah pantang kalau dapat pegang breastpump. Bersungguh2 dia cuba nak assemble, lepas tu dia pun nak pump juga.. aduh, nak ketawa saja tengok, tapi kadang rasa nak marah sebab dia akan bawa ke hulur ke hilir main2 breastpump tu..


Antara gelagat yang sempat dirakam, chewah..hihi, kelakar pula..

~Ummi Auni&Aufa~


Read more...

Saya suka product dutch lady!

IKLAN............hehe

dutch lady logo

Betul..kalau beli fresh milk, saya pilih dutch lady, tak kisah apa jua jenis susu, memang pilih dutch lady. Susu membesar auni pun, kami pilih dutch lady..dan dia pun sangat suka...siap dah hafal logo ducth lady tu.. kalau beli yogurt, juga suka dutch lady..tidak ketinggalan, minuman kultur tu..sangat sedap!

mari-mari vote sini, susu pilihan anda :)

Corn? Red Bean? Melon? Caramel? Too many choices!! Click to vote for your desired milk today! Every votes count. #DutchLadyWMD

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Thursday, May 12, 2011

Nenek pun suka...

Haa...nenek auni&aufa pun suka pakai Ring sling yang ummi auni&aufa beli bulan April lepas. Aufa pula, confirm diam kalau digendong guna ring sling pink itu. Maunya aufa mesti menjerit-jerit tak sabar kalau nampak umminya atau neneknya tengah pakai ring sling tu..tak sabar nak 'dipakai'...hihi


ring sling
Diam saja, digendong dalam ring sling dan jalan-jalan di luar sementara menunggu ummi datang jemput balik rumah.. Terima kasih mak...

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Banyak 'asap'??

Pagi tadi sidai baju lepas subuh, haii..berkabus tapi pandangan nampak macam berasap, dalam hati.. "hai, siapalah yang bakar sampah pagi-pagi ni..banyak asap!".
Lepas itu, keluar dari rumah nak masukkan anak-anak dalam kereta, lagi...aduh..masih banyak asap, siapalah yang rajin bakar sampah ni! Maklumlah, duduk kawasan kampung kan..


Pandu kereta ke tempat kerja, setelah selesai hantar anak-anak, dengar perkataan "jerebu" di HOT FM, barulah tersedar, Oh pagi tadi bukan asap, tapi jerebu.. Boleh dikatakan 'tebal' juga ketika di rumah pagi tadi.. Dalam perjalanan pun nampak juga berjerebu..Haii, lagi..jangan la sampai darurat macam tahun lepas-lepas(tak ingat bila tapi masa tu study lagi kat UiTM Shah Alam).

Pandangan dari car park amcorp tower jam 9.00am. Selalunya clear nampak TM tower tu..

Tapi, bila jerebu ni, cuaca nampak redup pula..tiada panas terik.Iye ke...? Tapi jerebu sangat tidak bangus untuk kesihatan terutama kanak-kanak.. Ohh, anak-anak, jangan main terlalu lama di luar ye.. kalau boleh elakkan la bermain di luar...buat aktiviti indoor je la weekend ni kalau masih jerebu..

Meh sini saya letak info yang saya google.. sumber dari http://www.infosihat.gov.my

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

So, jaga diri dan kesihatan ye kawan-kawan..!!!


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Wednesday, May 11, 2011

Tukar plan?

Malam tadi, husband call dari Hong Kong memang boleh dikatakan kerap call, habis duit..hihi , then dia ada cakap..."kita tukar plan la...." . Plan apa?


Plan untuk saya berhenti kerja hujung tahun ini. Pada mulanya, dia kata paling cepat boleh saya resign adalah bulan June 2012. Tiba-tiba malam tadi kata paling cepat hujung tahun ini. Tak kisah la bila pun, tapi memang berharap dapat jadi SAHM dan jaga anak-anak. Tapi dalam hati, ada juga kerisauan yang tersimpan...takut!

Memang macam ni kan realitinya. Tapi sekarang saya bekerja, bila weekend husband akan tolong cuci,sidai dan lipat baju kalau dia ada. Tapi kalau saya jadi SAHM, rasa-rasa dia nak tolong lagi tak ye? hahahah..mengada je nak minta tolong banyak2..hihi

Tapi apa pun, kalau saya jadi SAHM, jangan pula buat saya macam maid ye sayang!!!! Jangan pula harap kesempurnaan dari segala segi, maklumlah saya ni manusia biasa..hihi, sedangkan orang yang ada maid pun rumah belum tentu 100% tersusun rapi cantik2..kan?


*SAHM - Stay at home mom


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Teruja!!

Haha, balik2 cerita pasal susu...balik2 pasal BF...tak apa la, saya nak simpan memori ini kat blog saya ni..blog ni kan umpama diari? hihi..

Hari ini first time gunakan Medela FS.. Dapat hari Sabtu lepas, baru hari ini berkesempatan untuk gunakannya. Sebab tak sempat nak baca manual, tak sempat nak duduk assemble sparepart FS yang boleh dikatakan banyak. Jadinya, first time guna, saya gunakan ketika memandu ke tempat kerja pagi tadi. Dan saya teruja jakun dengan hasilnya.


Pagi tadi, kali terakhir memerah sebelum keluar rumah adalah jam 6.45am dengan menggunakan medela harmony kesayangan. Selesai hantar anak-anak, saya 'pakai' FS tu, dan drive. Bila jam menunjukkan 8.30am, saya pun tekan button start dan stopkan dalam masa 20minit selepas itu. Sebelum dapat tengok hasilnya, hati memang tak sabar nak sampai untuk tengok hasil yang diperolehi...

Dan hasilnya......

medela FS
Erk, belah kiri saja yang dapat hasil.2.5oz kira banyak la bagi saya! Belah kanan zero! Ini mesti sebab saya pakai or pasang tidak betul..hihi, tapi saya suka dengan hasilnya! next time or esok boleh cuba lagi dan harap2 kedua-duanya membuahkan hasil yang mengembirakan juga :)

Dan, telah juga saya gunakan ketika memerah jam 11.30am tadi. Syukur saya dapat 8oz dalam masa 20minit. Masih belum berjaya digunakan di meja lagi..

Tapi...saya masih tetap sayang medela harmony saya.... :)


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Tuesday, May 10, 2011

Banyaknya tunggakkan....!

Tension rasa bila dapat bil streamyx. Sebab? Banyak sangat tunggakan belum berbayar lagi. Last payment saya buat pada bulan Mac lepas, bayar RM200. Lama dah tu kan..



Bil statement bulan Mac...cik nuffnang, meh la sponsor bayar..boleh? hihi

1) Saya masih belum dapat rebate yang dijanjikan!!!
Kami berpindah rumah, sebelum ini duduk di rumah sewa. Mula tutup talian sementara pada bulan Ogos 2010. Kami pindah di kawasan yang sama. Bermula Ogos sehingga October ataupun November takde record, so lupa sangat2 dah, tapi yang penting lepas hari raya la, baru talian telefon dipindahkan. Bosan betul menunggu...bil tetap jalan, dan jalan...Sebulan rm60...kami tak bayar sebab kami tak dapat talian telefon kan...sebelum pindah, bil memang clear dan tiap2 bulan memang bayar la sebelum tu..

2) Bila talian telefon dah dipindahkan, tunggu pula streamyx dan perlu dipindahkan portnya juga. Lama! Dari sebelum bersalin sampai bersalin, masih tak dapat lagi streamyx tu. Tiap2 hari saya buat report di talian 100 tu. Banyak kali juga husband turun naik di TM klang tu. Bosan.Siap tertukar line dan nombor telefon dengan rumah jiran la pula. Dan, bil masih berjalan ketika ini. kami mahukan streamyx sahaja!. Untuk kes ni, ambil masa 2bulan la juga. ermm...

3) kontraktor datang, untuk troubleshoot streamyx. Tapi dia 'pandai' pula. Dan suruh kami tukar modem sebab saya dah tertaip salah password dan tersave di login form tu. Pulak?? Dalam hati, mestilah la boleh di reset password kat centre sana! Tapi malas nak layan banyak songeh, kami turutkan saja! Nyesal pula..sudahnya mesti la kena caj rm88 untuk modem tu kan? modem lama? tersimpan kat rumah lagi tu...Sampai hati ko tipu kami ye contractor..sebab kamu malas kan!!

Sudahnya..banyak tu la tunggakan bil streamyx..kena clearkan dulu ke baru dapat rebate ye? adehhh..banyak tu...kedekut saya dan streamy juga kedekut lambat nak bagi rebate!!!


Tadi, baru bayar bil semasa sahaja..rm61.30. huhu, masih banyak perlu dibayar... :(

~Ummi Auni&Aufa~


Read more...

Monday, May 9, 2011

Buat-buat seronok je la..

Tak ada idea nak cerita apa pun, sebab semua tak menarik tapi nak juga dibuat-buat menjadi menarik. Erk, apalah ayat ni.. hee, macam la ada orang baca..Terima kasih kerana masih sudi membaca...

Ingatkan nak buat posting semalam, tapi dek malas, layan tidur saja la dengan anak-anak. Rumah pun terbengkalai tidak berkemas dan masih bersepah. Biarkan lah..


Semalam, Hari Ibu ye..saya tak pernah sambut hari ibu.. Semalam seharian saja duduk di rumah bertiga..juga masih tanpa bapak ataupun daddy auni & aufa.. Jadinya, hari-hari kami masih membosankan tapi ummi auni & aufa cuba untuk mengembirakan raudhah dan melayan aufa sedaya yang mampu..

Layan saja la gambar2 yang tak seberapa ni.. saja nak 'meramaikan' post bulanan..hehe

Bentang tikar kat rumput depan rumah, layan je la si raudhah ni..hihi






Supaya raudhah lebih berselera makan, kita buat ala-ala picnic la ye..hehe

Inilah pemandangan kami..tak cantik tapi buat2 cantik je la..

Haa...hari sabtu dan ahad berjaya fully pakaikan CD kedua-dua anak..tiada kebocoran :)

Bila adik aufa dah bangun dari tidur, layan la sepah2 dalam rumah pula..huhu

Hobi adik aufa..memek..lompat..jerit..ketawa :)

Bersiap ke rumah nenek selepas waktu asar..gambar sekerat je yang ada..haha

Sekian. Memang membosankan bila daddy a.k.a bapak tiada...cepat la balik..boleh jalan2..hihi

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Friday, May 6, 2011

Bila BAPAK tiada...

Bila BAPAK tiada, ummi asyik menghitung hari je...lama lagi ke BAPAK nak balik..huhu
Bila BAPAK tiada, raudhah asyik cakap.."ecok BAPAK ayekkk!!"
Bila BAPAK tiada, raudhah asyik tanya..."ummi...BAPAK..BAPAK..??"



Bila BAPAK tiada, ummi jadi rajin sikit...sebab tak ada siapa nak tolong buat kerja rumah...huhu
Bila BAPAK tiada, ummi jadi kuat tidur...bosan takut sebab sunyi bila BAPAK tiada...
Bila BAPAk tiada, huru hara la hari minggu ummi nak layan dua budak comel2 tu..
Bila BAPAK tiada, huh, rajin la ummi cepat marah jerit kat raudhah yang notti2 tapi masih comel gitu..puji anak sendiri
Bila BAPAK tiada....sungguh tak seronok hari-hari kami la...BAPAK...cepat la balik...erk, padahal baru 4 hari BAPAK pergi hong kong....kali ni 3minggu pulak...anak-anak mesti dah rindu BAPAK kan...



Macam ni la bila ummi ada kerja kat dapur..Sorang guling2 kat bawah, sorang panjat kat kerusi makan.. abaikan la ye susun atur sepah2 kat rumah saya tu..hihi, rumah belum siap..


~Ummi Auni&Aufa~



Read more...

Wednesday, May 4, 2011

Alhamdulillah..dah penuh.. :)

Syukur sangat2.. tak sangka saya boleh buat stok sebanyak tu..walaupun hasil memang tak meriah macam orang lain, tapi saya gembira sebab saya dapat buat stok macam orang lain! Dulu masa anak pertama (auni) saya hanya mampu tengok, tengok dan tengok hasil orang lain di blog masing2, tapi kali ni saya boleh tengok hasil saya sendiri! :)



Dalam botol tu hasil perahan bulan Januari, haruslah digunakan bulan ni sebab dah penuh.. pukul 4pagi mengemaskini Deep Freezer pula..hihi

Saya bukan nak menunjuk, tapi saya nak bagi semangat pada diri sendiri dan juga orang lain. Gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya kan? Syukur ini rezeki Aufa..Saya juga antara ibu yang gagal dalam penyusuan susu ibu ketika anak pertama dulu- anak minum FM + BF di malam hari, tiada stok, breastpump bertugas hanya sekali sekala sahaja. Tapi itu dulu, saya tidak mahu mengulanginya lagi dan saya berharap penyusuan susu ibu pada anak kedua ni, dipermudahkan oleh Allah hendakNya...InsyaAllah dan Alhamdulillah..

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Monday, May 2, 2011

Ummi yang hangat-hangat tahi ayam!

Konon, nak berCD hujung minggu semalam. Tapi, cuma sabtu je! hehe, ahad dan isnin malas dah..sebab?


Asyik leaking je la.. Ke ummi auni & aufa ni tak reti nak fitting betul2.. Pakaikan kat Auni, ok2 je.. siap poo poo kat situ , pakaikan kat aufa, leaking pulak juga, jarang2 poo poo tetiba pakai CD rajin pula nak poo poo..haha . Sudahnya, cuci2 dan simpan balik.. Tunggu bila2 nak buat stripping pula la..

Maaf ye kalau saya seksi!! Nama saya Aufa, saya baru 5bulan :)

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Ku relakan kau pergi..

Terima kasih kerana sudi bersama saya sejak Jun 2009 yang telah lama berlalu. Maafkan saya kerana meminggirkan mu.. Dan kali ini saya telah melepaskan awak pergi..Sebab kasih saya telah beralih arah..chewah!!


Spectra 3 yang telah bertukar milik! Selamat tinggal...Jangan tetiba buat hal pulak ye bila bertukar tangan!


Entah apa-apa tajuk entry ni. Tapi ikutkan hati memang berat nak lepaskan spectra3 tu pergi lagi-lagi bila lepas diservis! . Tapi nak buat macam mana, memang dah tak perlukan dan tiada masa nak gunakan spectra3 gara-gara susah nak attach di powerpoint.

Takpe la..Spectra 3 tu saya gunakan dari jun 2009 sampai september 2009 je, gunakan pun sehari 1-2kali je. Sungguh tak heavy duty la. Lepas tu saya beli medela harmony dan terus terpikat dengannya sehingga kini..

Erk, kini? sedang menunggu FS...alasan nak FS? boleh memerah susu dalam kereta juga di dapur sambil2 mencuci pinggan dan melipat kain baju..haha :p

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...