Pagi tadi sidai baju lepas subuh, haii..berkabus tapi pandangan nampak macam berasap, dalam hati.. "hai, siapalah yang bakar sampah pagi-pagi ni..banyak asap!".
Lepas itu, keluar dari rumah nak masukkan anak-anak dalam kereta, lagi...aduh..masih banyak asap, siapalah yang rajin bakar sampah ni! Maklumlah, duduk kawasan kampung kan..
Pandu kereta ke tempat kerja, setelah selesai hantar anak-anak, dengar perkataan "jerebu" di HOT FM, barulah tersedar, Oh pagi tadi bukan asap, tapi jerebu.. Boleh dikatakan 'tebal' juga ketika di rumah pagi tadi.. Dalam perjalanan pun nampak juga berjerebu..Haii, lagi..jangan la sampai darurat macam tahun lepas-lepas(tak ingat bila tapi masa tu study lagi kat UiTM Shah Alam).
Tapi, bila jerebu ni, cuaca nampak redup pula..tiada panas terik.Iye ke...? Tapi jerebu sangat tidak bangus untuk kesihatan terutama kanak-kanak.. Ohh, anak-anak, jangan main terlalu lama di luar ye.. kalau boleh elakkan la bermain di luar...buat aktiviti indoor je la weekend ni kalau masih jerebu..
Meh sini saya letak info yang saya google.. sumber dari http://www.infosihat.gov.myKesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.
So, jaga diri dan kesihatan ye kawan-kawan..!!!
~Ummi Auni&Aufa~
ye jerebu...
ReplyDeletekat banting katanya dah cecah bacaan IPU 96.. patut macam mendung je....
dulu2 masa kat tg malim, pernah teruk gile sampai banyak helikopter landing sebab tak boleh teruskan perjalanan...
kak sya, sekarang sini tengah hujan pula...alhamdulillah..harap2 lepas hujan dah kurang or takde jerebu la..
ReplyDelete