Click!!! click!!!

Monday, May 30, 2011

Rutin harian yang akan berubah

Sedar tak sedar, sudah nak masuk bulan Jun sudah.. Banyak betul agenda dengan bulan Jun ini. Anniversary jatuh pada 6 Jun ini, birthday husband 19 Jun ini, dan tidak lupa, 1 Jun ini genaplah usia Aufa Naurah bersamaan dengan 6 bulan! Ye..enam bulan rupanya, terasa baru semalam sakit perut bersalinkan dia..hihi


Bila aufa masuk enam bulan, sungguh akan berubah sikit rutin harian umminya. yang pemalas ini. Kembali seperti tahun 2009 yang lalu, bangun pagi bukan nak buat sarapan pun dan memasak bubur si auni sebelum pergi kerja.Tiap2 hari bangun masak, bunyi bising blender la..kalau bangun lambat?? hihi.

Nampak gaya, kena lebih pandai nak manage masa betul2 lepas ni. Dulu anak satu, sekarang anak dua.. Sebelum ni senang, breastfeeding je, nanti nak kena suap solid food dulu, so memang akan berubah dah rutin2 kami semua.. apa-apa pun, enjoy!

Erk, tapikan banyak dah lupa ilmu2 tentang pemberian solid food untuk bayi ni. Kena la godek2 baca2 kan. Banyak sudah lupa, sebab bila dapat anak takda dah nak ingat2 memori silam belakang2, ingat yang ke depan je..hahah, sebab tu dah jadi short term memory lost!

perlulah diulangi adegan kejar mengejar, comot2 macam ni..hihi

Apa-apa pun, tahniah perasan! untuk ummi auni&aufa kerana berjaya menyusukan aufa dengan hanya susu ibu selama 6bulan tanpa banyak halangan.Syukur rezeki adik aufa si booolat :)

~Ummi Auni&Aufa~

3 comments:

  1. wahhhh tahniah dah dpt diploma. ekekekeke.... nnt bole join club bam bam Qistina. mkn dan menyusu dgn jayanya. nik pon sama la tiap2 pagi bgn cam hape ntah. mata mcm kungfu panda dah. :P

    ReplyDelete
  2. tahniah ramizah!!!

    selamat memasak d pagi hari pula ye...:D

    ReplyDelete
  3. tahniah... umminya pun rajin, tu sebab rezeki adik aufa bertambah,kan? hehehehe

    ReplyDelete