Click!!! click!!!

Thursday, April 28, 2011

Bila ni...

Aduh..godek2 handphone ternampak gambar ni.. Pastu terfikir, bila la nak mulakan semula penggunaan benda ni? kenapa sekarang malas sangat dah ni? Last digunakan adalah pada bulan December tahun lepas..Lepas tu, penyakit M malas ye? datang sampai hari ini.. :(



Oh Cloth Diapers anak-anakku..kasihan kamu semua tersimpan dalam diapers stack...Tunggu la ye..tengah cari dan mencari Cik Rajin datang..hehehh



~Ummi Auni&Aufa~


Read more...

Memerah susu di tempat kerja..

Saya bersyukur, sebab suasana tempat kerja yang agak menyenangkan dan memudahkan untuk saya memerah susu ibu di tempat kerja. Bos pun memahami, psst..hari ini bos saya cuti sebab 'baby sitting'..heheh. Bos saya seorang lelaki.


Kenapa saya katakan tempat kerja yang menyenangkan? Sebab, sunyi..tenang.. buat masa ini je ke?.

Antara sebab lain? Kemudahan seperti peti sejuk, sinki dan water dispenser. Wah taip perkataan peti sejuk, saya lupa nak masukkan ice pack dalam freezer.Dah pukul 12 lebih baru nak masukkan? heh :p

Dapur atau pun pantri yang selesa..

Fridge yang sedangkosong..hehe..suka hati je la nak letak apa pun


Di mana saya menjalankan aktiviti mengepam atau memerah susu?

Di tempat saya bila bos takde. Kiri tu tempat saya, kanan tempat bos. Takkan nak buat projek mengepam kat situ kalau bos ada kan? Dah la saya guna manual breastpump je..malu la kalau dia ternampak confirm nampak saya tertunduk2, maunya ternampak tempat tak sepatutnya kan? :p


Di Board Room bila bos ada kerja di server room..sebab server room bertentangan dengan stor!


Di stor tempat kegemaran saya..tapi pintu stor tak boleh tutup, mesti terkuak..sebab tu kena 'lari' pergi board room bila bos ada kerja kat server room..malu nanti bos nampak..hahahahah

Apa-apa pun, selesa ke tak selesa pada pandangan orang lain, saya akan buat-buat selesa, asalkan saya happy dan tak stress :)


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Wednesday, April 27, 2011

Sesekali.....nikmatnya makan coklat!

Dah lama tak makan coklat. Patutla mood swing je akhir-akhir ni alasan la .

Semalam lepas terbaca blog kak hasrisa, ternampak gambar-gambar coklatnya, wah saya pun teringin juga. Baru sedar dah lama tak makan coklat. Kalau dapat makan dengan auni dan daddynya, lagi syok kan!!!

memang dah lama sangat tak makan coklat-coklat ni

Sedapnya..lagi2 bila bos takda..makan,makan dan makan je la..hehe


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Cerita penyusuanku kini.....

Memang sekarang hasil perahan dah merudum, sejak demam minggu lepas. Susah dah nak dapatkan 10oz untuk 1 sesi perahan. Kalau dulu, hasil perahan jam 11am dan 3pm mesti paling2 akan dapat 8-10oz ataupun lebih, sekarang hanyalah average 5-6oz sahaja. Sedih? Mestilah..rindu hasil perahan yang meriah macam sebelum ni... :(


Tak mengapa! Jangan sedih, jangan stress sangat! Kalau masih sedih, makanlah coklat. hee..
Saya masih terus cuba memerah sesekerap yang mungkin. Hasil perahan kat ofis sahaja memang tak cukup nak menampung bekalan susu aufa untuk hari bekerja (8am - 7pm). Dulu-dulu cukup la.. Sekarang memang terpaksa ditambah dengan hasil perahan di waktu malam.. Tapi, masih...alhamdulillah boleh dibuat stok walaupun sekarang hanya 3-5oz camtu. Syukur la daripada langsung tak dapat buat stok kan..

Kalau dulu, tiap ahad saya masih dapat memerah cukup2 makan untuk bekalan hari esoknya(Isnin) -maksudnya tanpa menggunakan frozen EBM yang ada, tapi Isnin lepas (25/4) saya terpaksa topup juga dengan 1 botol (5oz) frozen EBM. Alhamdulillah aufa boleh terima dan licin juga la dia minum..

Takpe la..terima je dengan hati terbuka dengan 'zaman' kemerosotan hasil perahan ni. Saya perbanyakkan minum horlicks panas...minum air cukup...kerapkan sesi mengepam..cuba kawal stress dan mood yang sekarang kurang menentu - rasa asyik nak marah je...dan cuba direct BF di B sebelah kiri dengan pelbagai cara - alhamdulillah dah jumpa cara yang 'sesuai' tapi tidak selesa takpe kan? haha..

Apa-apa pun...enjoy this BF journey!! tak kisah merudum, meriah, merosot, banyak, sikit, sakit, sihat ke...yang penting, pandai2 la tangani stress...banyakkan doa, makan makanan yang seimbang, ambil supplement jika perlu, kerapkan kosongkan B dan senyummmmmmmmmm selaluuuuu... :)

Go! Go! Go! 1/5/2011 ni aufa genap 5 bulan!! Alhamdulillah... :)

psst- saya, masih lagi 100% menggunakan khidmat MEDELA HARMONY...

Rindu hasil2 seperti ini..ni hasil 2kali perah bulan lepas..sekarang, ni umpama hasil 4kali perah..


Inilah bekalan untuk aufa (8am -7pm). Sekarang dia akan habiskan 5x3oz. Kalau saya terlambat sebab jalan jammed, dia akan habiskan semuanya la..

Frozen EBM yang ada dalam DF. Tak banyak macam orang lain, tapi syukur sangat2..


~Ummi Auni&Aufa~


Read more...

Nasi Ambeng..

Pernah dengar ataupun makan nasi ambeng? Tak pernah nampak lagi macam mana rupa nasi ambeng? Apa tu nasi ambeng??


Haa, nasi ambeng ni kalau sesiapa keturunan jawa hampir semuanya tau dan pernah makan. Mungkin la kan? Tak tau la kalau hanya melibatkan jawa2 di Selangor je ke. Sekarang kat tempat saya dah ramai yang jual nasi ambeng. Kalau dulu dapat makan nasi ambeng bila hanya ada majlis2 kenduri kesyukuran ke, tahlil ke, sekarang kalau teringin, cari saja di pasar malam. Sebungkus dalam rm5-6 sahaja. erk dulu mula2 rm3 je dah dapat tau.

Tangan si auni yang tak sabar nak makan ayam kicap tu..hihi

Ini lah rupanya nasi ambeng tapi itu rupa yang dijual di pasar2 malam, atau sebagai bungkusan 'berkat' atau pun dijual di kedai makan. Nasi bersama sayur tumis, serunding kelapa, ayam, mee goreng, ikan masin. Kalau di majlis2 kenduri dihidangkan di dalam dulang besar dan untuk satu dulang akan dimakan secara beramai-ramai, mungkin 4-5orang.

Biasanya nasi ambeng ni sedap kalau makan ramai-ramai. So kami pun buat macam tu la. Bentang tikar kat lantai, buka bungkusan nasi ambeng dan makan bersama-sama 3 beranak. heee... Opps, tapi semalam makan 3 generasi je (mak saya, saya dan auni) sebab daddy auni & aufa outstation... :)

psst ..saya suka versi yang selalu orang bagi kat rumah - nasi, ayam goreng, kerabu pucuk ubi+taugeh, kacang goreng,mee goreng, telur rebus dan ikan masin ataupun tempe goreng...sangat2 sedap!!!



~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Tuesday, April 26, 2011

Botol BPA-Free murah

Ni pun nak share ke? hihi..tak pe kan..haha

Dulu ketika auni masih kecil(bayi) sibuk2 la saya bertukar-tukar botol susu. Terima kasih ratuhati.com sebab masa tu saya dapat info dan kesedaran mengenai bahaya bisphenol-A yang terkandung dalam botol susu yang diperbuat dari polikarbonat.


Jika membeli barangan plastik, elakkan kod no:7 ye kawan2..kalau boleh. Dan bahan yang selamat antaranya PP atau polypropylene berkod no:5. Ada lagi kod atau pun bahan plastik yang masih selamat, tapi saya sudah lupa nama dan singkatannya.

Masa tu, terjumpa botol susu bpa-free yang boleh dikatakan mahal-mahal. So beli la Avent, MAM..

Cik Pureen, cik Bumble bee, juga cik Kiko

Sekarang? Adik Aufa menyusu susu ibu guna botol susu murah je.. Guna breastmilk storage je.. Bumble bee breastmilk storage, 10botol dengan harga kurang dari rm40. Juga botol susu pureen yang boleh dijadikan milk storage juga botol penyusuan. Botol susu pureen tu agak keras la macam botol Bumble Bee.. Tetapi botol KIKO tu yang berkartun dibeli dengan harga kurang dari Rm12 (untuk 3 botol), adalah kurang memuaskan..lembik sikit..

Sekarang, sejak kerajaan mengharamkan botol BPA, dah banyak botol bpa-free yang murah2.. Tapi masih kena la ditukar setiap 6 bulan..

Tengok...sangat jimat kedekutkan? dan Alhamdulillah anak-anak memang takde colic, so tak perlu la botol susu ataupun teat anti-colic..


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Mereka...

Mereka semakin mesra dan rapat... :)



~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Isnin yang menyedihkan..

Tak tau kenapa pagi isnin semalam.. Tapi kedua-dua anak merengek dan menagis bila ditinggalkan. Si aufa menagis bila nak masuk kereta, sungguh dia meraung. Aufa nak sambung tidur dengan ummi kot tu...nak nyusu sambil baring2 lagi..

Si auni, bila ditinggalkan di rumah eyangnya, menjerit takmau. Dia kata nak ikut ummi.. Tiap hari kalau ditanya.."ummi kerja hari ni..raudhah dengan eyang ye.." mesti dia jawab.. "tak nak! nak cama ummi.." nanti dia kata lagi.." ummi tak keje??". Dia dah pandai tanya macam tu sekarang..

Aufa dengan air matanya.. menangis je sepanjang perjalanan dari rumah ke rumah nenek..





~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Monday, April 25, 2011

Saya 'capek'....

Entri merungut.............mengeluh...isk...

Penat la nak lalui hari-hari bekerja ni... Bila datang sabtu dan ahad pula, bertimbun kerja-kerja rumah menunggu.. Dulu, pada mulanya bila anak dah dua, dan pada hari bekerja, tenaga memang banyak.. Bangun tidur pukul 11pm ke atas, buat kerja2 rumah..lipat baju, cuci botol keutamaan..pam susu...sapu rumah..cuci baju....siapkan beg anak... cuci pinggan.. Tak banyak,kan? Sikit je bagi sesetengah orang...senang je bagi sesetengan orang.. tapi tidak pada saya...SAYA SANGAT PENAT!!

Sekarang...memang saya buat mana saya nak buat ikut suka hati je...lipat baju seminggu sekali..basuh je rajin...cuci pinggan tiap-tiap hari perlu..pam juga perlu setiap hari...keutamaan cuci botol2....

Tu belum lagi memasak tiap-tiap hari...tu belum lagi siapkan bubur ataupun makanan anak,kan? Macam-macam betul alasan saya kan? Penat la...itu la..ini la...padahal saya ni PEMALAS ke ek...? Haaa...memang saya pemalas lantak la orang nak cakap apa...hehehe...kalau orang lain nak rajin ke, ikut suka dia la..bini orang tu nak rajin ke, biar la dia...teruskan la..tapi saya tak sanggup dah nak memaksa diri saya buat kerja-kerja rumah kalau saya dah tak larat dan tak terdaya juga tak cukup tangan nak melakukannya...

Alangkah indahnya kalau balik2 je dari kerja cuma layan dan golek2 dengan anak-anak kat rumah tanpa memikirkan kerja-kerja rumah yang terbengkalai .... :)

cepatnya masa berlalu...terasa belum puas melayan anak-anak pulak..


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Sunday, April 24, 2011

pureen warehouse sales - pertama dan terakhir??

Sabtu yang lepas (23/4/2011) saya try la menerjah pureen warehouse sales di Petaling Jaya. Pergi seorang2 sebab husband ada training seharian. Anak2 tinggal je dengan mak sebab confirm sesak kat sana. Pergi sana niat nak cari baju basahan anak-anak, pureen liquid cleanser dan barang2 lain yang berkaitan.

Bertolak dari rumah pukul10 lebih, sebab melayan traffic jammed kat area berdekatan pureen warehouse tu..pukul12 pm baru sampai. Punya la ramai orang kat sana. Ermm, dapat grabbed berapa pasang je baju anak-anak. Orang yang datang lagi cepat dah 'kutip' dulu dan sepah je kat mana-mana yang diorang berkenan. So, kena la pandai punggah hasil 'sampah' orang lain. Sabar je la kan...

Lepas ni nak pergi lagi ke? haaa...semalam terasa tak mau pergi dah..lepas belek2 baju yang dibeli, terasa mau pergi lagi..tapi saya lagi suka warehouse sales Anakku dari pureen.. sebab? dapat la 3helai rm10 dan banyak pilihan walaupun kita kena seek and match :)

Ni la antara yang dibeli..Dapat 7 pasang baju je..syukur la..sebab murah

psst..sesape yang nak pergi warehouse sales ni, tinggal la baby...kasihan tengok anak-anak kecil merengek kepanasan dan kepenatan.. juga kasihan tengok ibu2 mengandung yang sarat juga keletihan..


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Saturday, April 23, 2011

Menabung cara sikit-sikit lama-lama jadi bukit??

Bukan susah nak menabung cara sikit-sikit lama-lama jadi bukit ni. Cara begini agaknya untuk orang-orang yang kedekut saja kan? Ye ke? Tak pe la, asalkan menyimpan dan menabung. Bila dan berbukit tu, jangan pulak rajin ditarah ye, nanti lama-lama bukit jagi botak atau gondol. hehe

Cara kami ajar anak menabung,
-tiap kali berbelanja dan dapat duit baki syiling, kami akan simpan dan elakkan dari digunakan. Kalau ada peniaga tanya, "ada 20sen? ada 50Sen?" kami hanya geleng-geleng sahaja. Boleh la simpan dalam tabung anak-anak dan kami ajarkan si raudhah masukkan duit dalam tabung 'tiger'nya itu.

Cara kami untuk kami menabung cara sikit-sikit?
- tiap kali berbelanja, gunakan duit 'besar'. So akan dapat balance duit RM1. walaupun ada 10 keping RM1 dalam dompet, memang tak akan digunakan la.. masuk tabung. Memang kejap je hasilnya. Kadang-kadang tak sampai sebulan duit dah 'tebal'. jadi bukit..hehhe...cuba lah!!!


Lagi satu cara, konsep SEHARI SERINGGIT.Sangat mudah.Simpan la RM1 setiap hari. Sebulan dah dapat RM30 kan?


Macam tu la cara kami menabung cara 'sikit-sikit'. Cara anda bagaimana?



Kalau duit banyak, tak payah sikit-sikit..simpan la banyak2 terus ye.. :) Tak rugi menyimpan dan melabur kan?


~Ummi Auni&Aufa~~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Monday, April 18, 2011

Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

Tarikh Contest 1-30 April 2011
Kaedah Penyertaan :
  • Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku
  • Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku
  • Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Syarat lain :
  • Anak berusia 9 tahun dan ke bawah
  • Letakkan link blog ini dalam bloglist blog utama anda, sila nyatakan blog utama anda di dalam entry penyertaan
  • Letakkan link blog penaja hadiah utama dalam bloglist blog utama anda dan follow R.U.M.A.H.K.A.M.I
  • Letakkan gambar rasmi giveaway ini di dalam entry dan di sidebar anda dan pastikan di linkkan ke entry giveaway ini.
  • Tinggalkan link penyertaan anda di dalam kotak komen dalam entry ini
Blog utama saya: http://myraudhah-auni.blogspot.com

YeSSS!! Auni suka buku. Saya takda gambar menarik untuk disertakan, boleh la letak gambar tak kurang menarik takpe ye? Saya pilih gambar ini...

Bangun tidur..terus nak baca buku..hehe

Bagaimana saya meransang atau menggalakkan anak membaca buku?
erm,kami belikan dia kamus ensiklopedia disney dari auni kecil lagi. Seusia dalam beberapa bulan dan juga buku2 atau kamus kecil bergambar tu. Memang dia suka. pada mulanya dia koyakkan la buku2 tu. Tapi sekarang dia suka belek2. taktau la dia minat membaca ataupun tak, tapi dia suka tengok buku2 dan majalah2. Kami belum sediakan tempat membaca yang condusif.

Merata-rata dia bawa buku atau majalah yang dia suka. Ke bilik tidur la, meja makan la..hehe
Takpe la sepah2 pun..asalkan anak suka membaca. Oh ya, dia juga suka baca belek2 buku Iqra' tu.

Alat bantu mengajar yang ada?
1) Flash Card - baru beli 2 kotak..
2) Buku2 atau kamus bergambar - memang dia suka..suka beli kat kedai buku excess PJ, buku international dengan harga yang murah sangat
3) Majalah2 bergambar..terutama pa&ma..

kadang2 dia buat2 berlakon membaca dengan lancarnya..konon tapi dalam bahasa 'german' pulak...elok2 pandai cakap bahasa melayu tapi disuruh baca jadi bahasa lain pulak..hehe..

Lagi..gambar2 si auni raudhah dan buku atau majalah2nya :)

Lepas mandi pun nak baca buku..hehe

Hee..tu membaca ke tengok gambar je?

Kalau membaca or belek2 buku mesti dia tanya.."ni apa..ni apa?"
sampai mencangkung2..kesian ummi n daddy belum belikan meja yang sesuai ke?hehe

Adik pun nak baca juga la..huhu

Sepah!!
~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Home Schooling - belajar mewarna huruf A

Hee, kat ofis baru ada masa nak mengupdate blog. Kat rumah, malas pulak sebab siang auni & aufa takmau tidur pulak. kalau tidur si aufa kejap2 je. Takpun ummi dia ikut tidur sama. hehe.

Sabtu lepas, try la buat home school. Kira cubaan kali berapa pun tak tau la. Sebab auni masih belum nak fokus kan. kira 2-5minit tu pun dah rasa ok sangat. So, ummi auni & aufa cuma buatkan capital A untuk auni main warna2 kat huruf tu. Dan ajarkan kat dia A is for 'Apple'. Tak sempat nak cari handset or camera untuk tangkap gambar si auni sedang mewarna conteng huruf A dan apple tu..hehe
Ok la kan? conteng menconteng..haha

Kalau la time tu ada buah epal, boleh makan terus.hehe

Berkesan tak? So far, bila dia buka mana2 buku lepas tu, kalau ditanya mana A, dia tunjuk la huruf A kalau ada dalam buku tu. erk, ke kebetulan je huruf A dalam tu yang menyerlah(warna biru terang)..hehe. Apa-apa pun, ummi auni&aufa ni takkan give up, akan dicuba lagi next time. buat art pulak ke..kan..kan..kan...?

Lepas buat homeschooling, reward la dia makan ais krim...tak sempat malas nak tangkap gambar aiskrim kami makan, tapi memang sedap!! Daddy prepared aiskrim - aiskrim vanila, tambah biskut oreo dipecahkan, tambah filling blueberry..dan makan suap menyuap antara ummi, daddy n raudhah..hee, adik aufa?Tengok kami makan je la ye.. :)

"adik takmau duduk sini, ummi..."

psst, sangat suka tengok cara kak mahani buat home school. :)

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Monday, April 11, 2011

'helper' baru, tolong saya pakai..

Yess, ring sling dari mamapatch.com sudah selamat sampai dengan sambutan senyum lebar dari ummi auni&aufa. Sudah dipakai dah digayakan depan cermin-kes tak confident takut kaki baby tak fit dengan betul..heee..suka2..pink color :)
Sebelum nak buat entri ring sling in action, kena la betulkan dulu pemakaiannya tu... so tumpang pic kat sini macam biasa dan mintak sis rozy comment kat ratuhati.com .. tak jemu2 nak melepak kat situ kan...heeeee :p

layannn...

betul ke kaki macam ni? dapat tak huruf 'M' tu ek??


tangkap gambar sendiri je la...daddy auni&aufa busy cari kunci rumah sewa dia tak jumpa2-kes pelupa...hahah
lepas ni harus la mintak tolong dari daddy auni&aufa tangkap gambar kan!!takkan tengah action2 pakai ringsling tapi tangkap gamba sendiri pulak...haha

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Friday, April 8, 2011

Bulan April yang tiba2 menggila..

Tetiba bulan ni menggila pulak..isk...isk...gila apa? Gila shopping!! tetiba je..benci betul. Nape la susah sangat nak kawal nafsu dari menjebakkan diri shopping online ye? harus la ummi auni&aufa ni resign duk rumah baru tangan ni tak gatal2 nak membeli belah-belah. adoii la.. Tapi, apa yang dibeli???

Ring Sling dari mamapatch.com
Ni pun setelah buat survey , pikir2 nak buat ke beli ditambah dengan nafsu, TERBELI...hehe
sebab tengah ada promosi, murah dari biasa. Pink?? yup..mata aii susah nak lari dari color pink ni..heeeeee





Karibu Seat - tak dapat bumbo seat with tray, dapat ni pun jadi la..untuk Aufa :)
harga agak murah kalau nak dibandingkan dengan BUMBO seat


Tu pun tadi tangan ni dok gatal2 pegang2 rattle nak kat lunatots tu..padahal nak cari plastik liner untuk breastmilk storage, dah kedai tu kat dalam mall, dan ofis tu kira sebelah mall--bersambung dengan mall pun..ni kes asek teringat anak kat rumah la ni!! tapikan, saya bukan jenis beli baju, kasut , handbag bagai..tak kisah pakai yang lama-lama pun untuk diri sendiri. tapi kalau untuk anak, haaaii...nak yang itu la..nak yang ini la..padahal si anak tu tak minta pun kan? memang camni ek jadi ummi,ibu,mak,mommy!!!???

CUKUP LA UNTUK BULAN INI YE!!! Jangan gedik2 lagi nextmonth! sila simpan duit ye ummi Auni&Aufa!

Bersiap sedialah untuk dibebel oleh encik suami..haha..



~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Wednesday, April 6, 2011

Breastfeeding~~tiada paksaan, hanya galakan... :)

Singgah2 kat blog kak ayu, then terjah la susuibu.com yang sudah lama tidak dikunjungi.. Baca n buka thread ini, yang agak menarik sejak akhir2 ni.. so saya share la ayat2 al-quran berkenaan BF ni. Tiada paksaan dalam menyusukan anak dengan susu ibu, ia hanya galakkan..

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

So..ibu2 yang tak dapat menyusukan anak dengan susu ibu, jangan la terlalu sedih..jangan berkecil hati..sudah itu rezeki yang tertulis.. di masa lain yang akan datang, penuhi ilmu penyusuan..kuatkan azam, usaha, doa dan tawakal, jangan sedih n elakkan stress..insyaAllah berjaya menyusukan anak dengan susu kita sendiri..insyaAllah.. :)
~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Aufa's Demand vs Supply


Aufa, sekarang dah 4bulan (lahir 01/12/2010). Berat hari ni, 6.5kg. Tak banyak naik, dalam 500g sebulan. Tapi makin banyak minum EBM. Kalau sebelum ni, saya hanya bekalkan 5x3oz, 1x2oz, dia hanya akan consume 12- 14oz, tapi baru2 ni dia habiskan 16oz!! huhu...

So, yang menjadi kerisauan umminya... hasil mengepam kat ofis, sekarang average akan dapat 18-20oz je.. tu sebelum ni, esok tak tau la dapat berapa..kalau kurang dari 18oz, isk..naya la..memang kena topup mengepam malam la. Memang selalu malam sebelum tidur saya akan menjalankan aktiviti mengepam. Frozen stok memang dah banyak tapi tu untuk saat2 kecemasan yang tak dapat diatasi..heeee

Tapi yang menjadi kerisauan n kemusykilan...aufa minum kalau aufa minum 16-18oz lepas ni, bila weekend cukup ke aufa minum direct Breastfeeding nanti? Sebab aufa hanya nak minum kat B kanan je. dan hasil saya pam kat ofis untuk dapatkan 16-180z adalah hasil dari dua2 B?? adoiiiii la.....aufa...aufa....



EBM - Expressed Breastmilk
~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Monday, April 4, 2011

'Merajuk' dan merudum

kiri - hasil B kiri
kanan - hasil B kanan
sesi kedua-4:30pm

Sebelum ni, hasilnya mesti sama..ataupun lebih dari 5oz..tapi syukur, alhamdulillah...

Nampak gaya, B ku sudah menunjukkan tanda2 'merajuk' la.B kiri. maybe sebab kerap 'unattended' so dia ingat dia kurang diperlukan. Mana taknya, weekend memang kadang2 tak sempat nak kosongkan. Salah ku jua..

Takpe la..dah lepas, sudah la..mari pujuk B kiri tu supaya tidak merajuk..cara?
1) kerapkan sesi mengepam di waktu siang ~takut malam tak terjaga,
ofis hour, sempat 2kali je sekarang~sebab masih guna manual harmony, so tak sedap la sebab saya perlukan 30-40minit untuk setiap sesi..kalau saya buat 3x sesi, dah berapa jam saya habiskan waktu untuk mengepam. Sebab tu perlukan FS..huhu..boleh la mengepam masa drive..
2) try pujuk aufa untuk direct BF kat B belah kiri tu~taktau kenapa, tapi dia buat ala2 nak muntah kalau disuakan belah kiri tu..sob..sob..sob (takkan nak suruh auni sambung BF lagi??)
3) milk booster?? - sekarang rajinkan diri minum horlicks. .lain2 belum try lagi...
4) Power Pumping??? tengok la dulu..

untuk hasil sesi malam, tak sure dah kurang juga ke..sebab balik kerja 7pm sampai rumah..until 12am baru saya pam. itu pun kalau saya terjaga. kalau tak, pukul1am or 2am or lebih. cuba kira, 5pm to 12am..7jam ok!! mula2 bengkak,leaking... lama2 merajuk la....... :(



~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Hujung minggu bersama - mari main buaian

Asek bawak ke hulu ke hilir je flash card bergambar tu dah sebut..."buaian..."

Sejak main buaian kat taman tasik shah alam 3minggu yang lalu, suka sangat dia nak pergi main kat playground. So, last weekend, 2/4/2010 kami terjah lagi taman tasik shah alam sebab nak tunaikan janji kami untuk memenuhi permintaan raudhah..

Seawal pagi yang boleh kami siap2...anak2 dan bapak anak tak mandi!! breakfast -roti telur daddy siapkan malam dan masuk fridge je boleh terus bawak pagi esoknya. Ummi auni&aufa bangun awal dulu sebab nak pam susu dulu.kang nanti tak pam confirm bengkak sebab aufa taknak minum B sebelah kiri langsung.~it's belong to auni before.

Raudhah aka auni, sangat excited. Tak ingat gerak pukul berapa tapi sebelum pukul 8am lagi kami dah sampai. Perjalanan ambil masa 15-20minit kalau tak silap.

Sampai je situ, dah ramai orang yang jogging. Ummi auni&aufa planned nak jogging juga sambil2 la tolak stroller adik aufa, tapi tak kesampaian sebab adik silau terkena sinaran matahari ~ ni yang menaikkan nafsu nak berRing sling ni!!!!

meh la layan gambar2 kami yang tak seberapa ni, anak2 n bapak anak yang tak mandi ye..

"jauh lagi ke...."

serabainya...

layannnnn....
hampir jam 9.30am, sinaran semakin terik~pagi2 dah panas kan? so, ummi n daddy ajak balik, but raudhah masih berkeras nak main lagi.. menangis pulak kuat2 sebab masih tak puas main kat playground tu. kesian kan? takpe la raudhah, next time kita datang n main situ lagi ye..

Hujung minggu sebelumnya, daddy bawa kami ke wetland, putrajaya. Minggu ni ke mana pula ye daddy?? heeeee

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Friday, April 1, 2011

Muffin Pisang or Kek pisang

Yeah, fresh from oven. Sejak selasa lagi nak buat, asek tak sempat2 je..selagi tak buat selagi tu tak senang duduk..chewah !! sebab teringat rugi pisang FIl bagi tu nanti ranum sangat or rosak tak dimakan..hehe
Akhirnya, bangun tidur pukul 1am, dah siap kemas2 rumah(iyo la tu dah siap ke??), siap mengepam, tukar diaper anak2, aii pun buat projek kat dapur la.. pukul 4.30am siap sudah!! thanks anak2 sebab tidur lena malam ni..heeee..Layan!!!!
Tak cantik,kan? takpe..janji sedap!! gebu!! :)


Resepi, ambil dari ratuhati.com cuma derhaka sikit la dok tambah2 serbuk kayu manis..

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

nota: Ni kali kedua buat,..kali pertama pada hari2 terakhir berpantang dulu...suka!!

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...