Click!!! click!!!

Monday, April 18, 2011

Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

Tarikh Contest 1-30 April 2011
Kaedah Penyertaan :
  • Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku
  • Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku
  • Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Syarat lain :
  • Anak berusia 9 tahun dan ke bawah
  • Letakkan link blog ini dalam bloglist blog utama anda, sila nyatakan blog utama anda di dalam entry penyertaan
  • Letakkan link blog penaja hadiah utama dalam bloglist blog utama anda dan follow R.U.M.A.H.K.A.M.I
  • Letakkan gambar rasmi giveaway ini di dalam entry dan di sidebar anda dan pastikan di linkkan ke entry giveaway ini.
  • Tinggalkan link penyertaan anda di dalam kotak komen dalam entry ini
Blog utama saya: http://myraudhah-auni.blogspot.com

YeSSS!! Auni suka buku. Saya takda gambar menarik untuk disertakan, boleh la letak gambar tak kurang menarik takpe ye? Saya pilih gambar ini...

Bangun tidur..terus nak baca buku..hehe

Bagaimana saya meransang atau menggalakkan anak membaca buku?
erm,kami belikan dia kamus ensiklopedia disney dari auni kecil lagi. Seusia dalam beberapa bulan dan juga buku2 atau kamus kecil bergambar tu. Memang dia suka. pada mulanya dia koyakkan la buku2 tu. Tapi sekarang dia suka belek2. taktau la dia minat membaca ataupun tak, tapi dia suka tengok buku2 dan majalah2. Kami belum sediakan tempat membaca yang condusif.

Merata-rata dia bawa buku atau majalah yang dia suka. Ke bilik tidur la, meja makan la..hehe
Takpe la sepah2 pun..asalkan anak suka membaca. Oh ya, dia juga suka baca belek2 buku Iqra' tu.

Alat bantu mengajar yang ada?
1) Flash Card - baru beli 2 kotak..
2) Buku2 atau kamus bergambar - memang dia suka..suka beli kat kedai buku excess PJ, buku international dengan harga yang murah sangat
3) Majalah2 bergambar..terutama pa&ma..

kadang2 dia buat2 berlakon membaca dengan lancarnya..konon tapi dalam bahasa 'german' pulak...elok2 pandai cakap bahasa melayu tapi disuruh baca jadi bahasa lain pulak..hehe..

Lagi..gambar2 si auni raudhah dan buku atau majalah2nya :)

Lepas mandi pun nak baca buku..hehe

Hee..tu membaca ke tengok gambar je?

Kalau membaca or belek2 buku mesti dia tanya.."ni apa..ni apa?"
sampai mencangkung2..kesian ummi n daddy belum belikan meja yang sesuai ke?hehe

Adik pun nak baca juga la..huhu

Sepah!!
~Ummi Auni&Aufa~

4 comments:

  1. wahhh...serius sungguh mebaca ye..
    moga cepat pandai..

    kita ibu ni nak kena galakkan selalu kan..bagi dorang enjoy

    ReplyDelete
  2. hehe...auni memang camtu..penat layan dan penat kemas dia punggah2 buku..sabar je la..
    yup, kita sebagai ibu kena galakkan selalu...sebab tu kene layannnn...heheh

    ReplyDelete
  3. best nyew jadi suri rumah sepenuh masa layan karenah anak2.. =)

    ReplyDelete
  4. isk...mane de jadi housewife...belum lagi..masih lagi fulltime working mom... weekend je masa untuk anak2...bila la boleh tercapai cita2 nak jadi housewife ni..hihi

    ReplyDelete