Click!!! click!!!

Wednesday, April 27, 2011

Cerita penyusuanku kini.....

Memang sekarang hasil perahan dah merudum, sejak demam minggu lepas. Susah dah nak dapatkan 10oz untuk 1 sesi perahan. Kalau dulu, hasil perahan jam 11am dan 3pm mesti paling2 akan dapat 8-10oz ataupun lebih, sekarang hanyalah average 5-6oz sahaja. Sedih? Mestilah..rindu hasil perahan yang meriah macam sebelum ni... :(


Tak mengapa! Jangan sedih, jangan stress sangat! Kalau masih sedih, makanlah coklat. hee..
Saya masih terus cuba memerah sesekerap yang mungkin. Hasil perahan kat ofis sahaja memang tak cukup nak menampung bekalan susu aufa untuk hari bekerja (8am - 7pm). Dulu-dulu cukup la.. Sekarang memang terpaksa ditambah dengan hasil perahan di waktu malam.. Tapi, masih...alhamdulillah boleh dibuat stok walaupun sekarang hanya 3-5oz camtu. Syukur la daripada langsung tak dapat buat stok kan..

Kalau dulu, tiap ahad saya masih dapat memerah cukup2 makan untuk bekalan hari esoknya(Isnin) -maksudnya tanpa menggunakan frozen EBM yang ada, tapi Isnin lepas (25/4) saya terpaksa topup juga dengan 1 botol (5oz) frozen EBM. Alhamdulillah aufa boleh terima dan licin juga la dia minum..

Takpe la..terima je dengan hati terbuka dengan 'zaman' kemerosotan hasil perahan ni. Saya perbanyakkan minum horlicks panas...minum air cukup...kerapkan sesi mengepam..cuba kawal stress dan mood yang sekarang kurang menentu - rasa asyik nak marah je...dan cuba direct BF di B sebelah kiri dengan pelbagai cara - alhamdulillah dah jumpa cara yang 'sesuai' tapi tidak selesa takpe kan? haha..

Apa-apa pun...enjoy this BF journey!! tak kisah merudum, meriah, merosot, banyak, sikit, sakit, sihat ke...yang penting, pandai2 la tangani stress...banyakkan doa, makan makanan yang seimbang, ambil supplement jika perlu, kerapkan kosongkan B dan senyummmmmmmmmm selaluuuuu... :)

Go! Go! Go! 1/5/2011 ni aufa genap 5 bulan!! Alhamdulillah... :)

psst- saya, masih lagi 100% menggunakan khidmat MEDELA HARMONY...

Rindu hasil2 seperti ini..ni hasil 2kali perah bulan lepas..sekarang, ni umpama hasil 4kali perah..


Inilah bekalan untuk aufa (8am -7pm). Sekarang dia akan habiskan 5x3oz. Kalau saya terlambat sebab jalan jammed, dia akan habiskan semuanya la..

Frozen EBM yang ada dalam DF. Tak banyak macam orang lain, tapi syukur sangat2..


~Ummi Auni&Aufa~

2 comments:

  1. huhu...
    tu yang penting juga ada frozen EBM kan...
    boleh di top up masa susu merudum...
    takpe, harap2 lepas ni susu bertambah balik... :)

    ReplyDelete
  2. yup sya..betul tu..memang berguna sangat2..selamat membuat stok nanti :)

    ReplyDelete