Bukan susah nak menabung cara sikit-sikit lama-lama jadi bukit ni. Cara begini agaknya untuk orang-orang yang kedekut saja kan? Ye ke? Tak pe la, asalkan menyimpan dan menabung. Bila dan berbukit tu, jangan pulak rajin ditarah ye, nanti lama-lama bukit jagi botak atau gondol. hehe
Cara kami ajar anak menabung,
-tiap kali berbelanja dan dapat duit baki syiling, kami akan simpan dan elakkan dari digunakan. Kalau ada peniaga tanya, "ada 20sen? ada 50Sen?" kami hanya geleng-geleng sahaja. Boleh la simpan dalam tabung anak-anak dan kami ajarkan si raudhah masukkan duit dalam tabung 'tiger'nya itu.
Cara kami untuk kami menabung cara sikit-sikit?
- tiap kali berbelanja, gunakan duit 'besar'. So akan dapat balance duit RM1. walaupun ada 10 keping RM1 dalam dompet, memang tak akan digunakan la.. masuk tabung. Memang kejap je hasilnya. Kadang-kadang tak sampai sebulan duit dah 'tebal'. jadi bukit..hehhe...cuba lah!!!
Lagi satu cara, konsep SEHARI SERINGGIT.Sangat mudah.Simpan la RM1 setiap hari. Sebulan dah dapat RM30 kan?
Macam tu la cara kami menabung cara 'sikit-sikit'. Cara anda bagaimana?
Kalau duit banyak, tak payah sikit-sikit..simpan la banyak2 terus ye.. :) Tak rugi menyimpan dan melabur kan?
hehe,bagus skali...
ReplyDeletesok nak ajar aleesya menabung..biar die tau,duit ni kena jimat cermat selalu..kan
hihi...try la ash...saya dulu mula2 ajar dia masukkan syiling dalam tabung sebab takut dia masukkan syiling dalam mulut..hihi
ReplyDelete