Pernah dengar ataupun makan nasi ambeng? Tak pernah nampak lagi macam mana rupa nasi ambeng? Apa tu nasi ambeng??
Haa, nasi ambeng ni kalau sesiapa keturunan jawa hampir semuanya tau dan pernah makan. Mungkin la kan? Tak tau la kalau hanya melibatkan jawa2 di Selangor je ke. Sekarang kat tempat saya dah ramai yang jual nasi ambeng. Kalau dulu dapat makan nasi ambeng bila hanya ada majlis2 kenduri kesyukuran ke, tahlil ke, sekarang kalau teringin, cari saja di pasar malam. Sebungkus dalam rm5-6 sahaja. erk dulu mula2 rm3 je dah dapat tau.
Ini lah rupanya nasi ambeng tapi itu rupa yang dijual di pasar2 malam, atau sebagai bungkusan 'berkat' atau pun dijual di kedai makan. Nasi bersama sayur tumis, serunding kelapa, ayam, mee goreng, ikan masin. Kalau di majlis2 kenduri dihidangkan di dalam dulang besar dan untuk satu dulang akan dimakan secara beramai-ramai, mungkin 4-5orang.
Biasanya nasi ambeng ni sedap kalau makan ramai-ramai. So kami pun buat macam tu la. Bentang tikar kat lantai, buka bungkusan nasi ambeng dan makan bersama-sama 3 beranak. heee... Opps, tapi semalam makan 3 generasi je (mak saya, saya dan auni) sebab daddy auni & aufa outstation... :)
psst ..saya suka versi yang selalu orang bagi kat rumah - nasi, ayam goreng, kerabu pucuk ubi+taugeh, kacang goreng,mee goreng, telur rebus dan ikan masin ataupun tempe goreng...sangat2 sedap!!!
~Ummi Auni&Aufa~
Click!!! click!!!
Wednesday, April 27, 2011
Nasi Ambeng..
Labels:
makan-makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
org jawa mesti tau nasi ambeng tu apa...
ReplyDeletekita org jawa, rindunya nasi ambeng embah...
kat pasar malam rawang belum ada lagi ye kak? sini(meru) dah banyak..senang carik..hihi
ReplyDelete