Click!!! click!!!

Thursday, June 23, 2011

Malas...

Minggu ni minggu malas untuk mengupdate blog. Malas? tak berkesempatan nak update or buat entri. Konon banyak gambar2 nak upload di sini, tapi...adehh...nanti2 la.. nak blogwalking je dulu... kawan2, nanti saya insyaAllah terjah la ye blog kawan dulu..blog saya biar bersawang jap, bila2 rajin baru update..

ohh nak update, hari ni bapak auni&aufa balik dari hong kong..erk, asyik pergi hong kong je kan...3minggu dah kami lalui lagi tanpa dia..takpe, hari ni dia balik..semoga selamat sampai ye sayang...dah la birthday dia (19jun) hari tu kami berjauhan...wish dari jauh je la...

erk..mau buat kerja...

bila ummi malas, rambut raudhah jadi macam rambut singa :p
~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Thursday, June 16, 2011

Cutest Baby Smiling Contest

Saya ternampak contest la.. lagipun tiada idea nak buat entri. Layan je la Contest kali ketiga. Hee..kalah menang lain cerita..hihihi...

Dianjurkan oleh : Sinar Raudah
Tarikh Tutup: 1st Julai 2011


Segala syarat2 penyertaan, sila rujuk blog sinar raudah

Suka dia senyum... :)
NAMA: AUFA NAURAH BINTI MOHD NOR FAUZI
UMUR : 6 BULAN
NAMA IBU: RAMIZAH 





~Ummi Auni&Aufa~


Read more...

Sunday, June 12, 2011

Adik untuk auni dan aufa

Akhir2 ni asyik ada budak suka makan kaki je.. Orang tua kata, budak tu nak adik la ye..

Ee..makan kaki je..kotor la dik!!


heheh, nak adik ke? ye, insyaAllah auni dan aufa akan dapat adik susuan.. Kami telah menerima kunjungan dari pasangan ida dan suaminya, mereka datang untuk mengambil stok susu aufa yang ada dalam deep freezer. Harap2, baby sha dapat membesar dengan sihat dan kuat. Dan semoga susu ida semakin banyak lepas ni..

Baby Sha..lahir ketika minggu ke-31, sekarang dah 90hari lebih..kecik...semoga membesar dengan sihat ye sayang... :)


erk, kadang takut gak...dah bagi orang, jangan lepas ni production merudum..oh yea, hari ni saya demam..demam bengkak susu...sejuk woo...ni gara2 semalam (sabtu) aufa taknak direct BF dan umminya sengaja malas nak pam...huhu..pengajaran..tak tertahan nak menanggung demam bengkak susu ni... :( Ni abru lepas urut dan pergi klinik minta ubat..tapi ummi auni & aufa ni takpernah nak makan ubat yang doktor bagi...degil kan? :p

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...