Click!!! click!!!

Tuesday, October 18, 2011

Semakin manja atau....

Aduhai... susah pula sekarang nak buat kerja rumah bila si aufa celik mata. Mana taknya, tak boleh langsung umminya ni hilang dari pandangannya...mesti kejar, cari sambil meraung.. Padahal, si kakak auni raudhahnya ada kat sebelah.. Sungguh, penat..kadang nak buat apa2, masak ke, pakai tudung ke, pakai baju je(boleh ke), sidai baju ke, drive ke(dah takmau duduk dalam carseat dia tu!!)..most of the time saya buat sebelah tangan je! Sebelah dukung si aufa, sebelah lagi buat kerja.

Mak aiii...kenapa tetiba dia jadi macam tu ye? Ke dia rindu si bapak...ye la, dah seminggu kami bertiga je ni, bapak auni&aufa outstation kat Kuantan.

Kadang-kadang, sangat stress bila pagi2 nak pergi kerja, lambat la siap gara2 buat kerja sebelah tangan... lepas tu tak pasal2, pagi tadi mandi anak beranak bertiga masuk sama2 dalam bilik air, gara-gara tak tahan dengar budak kecil meraung depan pintu bilik air.. adik masuk dalam walker ikut sama mandi...erggg...lantak la basah walker..bukan adik aufa nak duduk pun, kalau masukkan maunye nak terjun je dari walker tu... Tapi bila ajak masuk bilik air, diam pula dia dalam walker tu...

ohh adik aufa...kenapa asyik nak berdukung je? separation anxiety ke? nak manja lebih ke?tapi kamu dah 10bulan lebih tau dik! kesian la kat ummi ni dik....hehehehehehehhe


Syukur alhamdulillah auni dah tak 'rajin' macam dalam gambar ni...dah jadi ala-ala good girl...hihi

p/s: takde gambar aksi kami bertiga mandi  di bilik air..hehehehehe

~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Thursday, October 13, 2011

Lebih 10bulan yang lalu...

hehe, nak dapatkan idea, kena belek-belek gallery dalam phone. Erk, memang kebanyakkan pictures dalam blog ni diambil menggunakan phone je..berat la nak usung ke kamera kan..lagipun jenis malas nak cas bateri kamera ni! isk....isk...

Eh, gambar ni diambil bila selak-selak nota...terjumpa la ini....
apa tu?tak jelas..

ni haaa...
haha...saya catat tau jam berapa contraction tu datang...hehe

Sakit tu bermula jam 6.30am,30/11/2010...lahirnya aufa naurah 3.59pm 1/12/2010...lama kan daku menahan... ye la, elok2 sakit datang tiap 5minit, cepat2 bergegas ke hospital, sampai hospital sakit tu jadi pulak 15-20minit sekali...hahahahah

3hari.... sekarang 10bulan... aufa nak adik tak? hahahhah


~Ummi Auni&Aufa~
Read more...

Thursday, October 6, 2011

takde apa2!

Huarggh...ketandusan idea nak buat entri apa.. Macam ni la bila mood nak blogging dah sesat. Blogwalking je la. Nak komen kat blog kawan2 pun tengah takde mood. Ohh encik mood blog, sila datang kembali please...miss u..heheheh

Maaf ye, kalau mizah tak sempat nak tinggalkan komen kat blog kawan2...Nanti mood ceria blog datang, mizah terjah dan tinggalkan komen ye....isk..

Salah satu yang membuatkan mood hilang : Anak-anak tak sihat.... :(

Lagi satu : Si bulat ni dah susut..sedih!!! sejak demam kali pertama...dah kurus...pastu selera makan dia dah berkurang... ni gambar ni masa umur 6bulan dulu...sekarang dah 10bulan...budak lain bila dah solid food makin bam bam kan, tapi dia sejak solid food makin kurus n ringan!! huhuhuhu




~Ummi Auni&Aufa~
Read more...