Click!!! click!!!

Sunday, March 27, 2011

trial...blueberry cistat :)

Layan la ye gambar2 blueberry cheese tart yang ummi auni n aufa try buat ni. Entah apa la corak /lorek2 tu memang tak kemas. Takpa, janji SEEEEDAAAP :p resepi, ambil dari Ratuhati.com

thanks kucing share resepi ni :)

Bahan-bahan ( 10 biji )
Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti)
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.


ni first attempt...agak manis sikit...tak cantik...tapi..masih sedap..


comot je kan? ni cubaan kali ke-3...rasa dah ok n sedapppp...but masih kurang kemas...



1 comment:

  1. yesssszz dah buat jugak yer!
    sedapkan...akak pun suka jugak buat cistat ni..
    tapi kannn tak leh buat selalu,sebab kalau buat...emmm mkn tak boleh nak berenti...

    ReplyDelete