Click!!! click!!!

Thursday, June 9, 2011

Bad Day....Sedih..

Hari ini, tak tau lah kali ke berapa dah ummi auni&aufa ni 'cederakan' si persona tu.. kesian dia.. hari ini, saya terlanggar pokok pula ketika nak reverse selepas hantar auni ke rumah eyang (my MIL) pagi tadi.. Kesian pokok tu tak bersalah..macam mana lah boleh terlanggar, padahal dah hari2 lalu n guna jalan tu..


Sedih..ye memang sedih..rasa bersalah, menyesal..geram dan marah pada diri sendiri... Sedih, sebab tak habis-habis nak menyusahkan husband, tapi ketika saya buat post ni dia tak tau lagi sebab pagi tadi dah call tak dapat sebab dia masuk site..dah la dia kat hong kong sekarang ni..jadinya saya buat entri ini dulu, so boleh la suruh dia refer kat blog ini untuk melihat keadaan persona tu... Dah la kereta tu monthly dia yang bayar, tak habis2 saya ni nak menysusahkan dia kan... kali ni, haruslah saya bayar sendiri kerosakan itu...

marah, ye marah dekat diri sendiri...careless? sungguh tak sengaja...padahal pagi tadi takde lah nak rushing sangat pun...

menyesal? ye...sebab kebetulan sebelum hantar auni, terserempak dengan pak mertua kat kedai beli kuih..menyesal sebab tak mintak tolong hantarkan auni ke sana je...

tapi...mak kata...nak menyesal ke apa..kalau benda nak jadi, akan jadi juga...ayat sedapkan hati...tapi hakikatnya...SAYA CUAI!!!!

Sedih.... :(
Kasihan bapak auni&aufa dapat bini macam ummi auni&aufa ni kan.... :{


Kerosakkan yang telah dilakukan oleh ummi auni&aufa :(


~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Wednesday, June 8, 2011

apam polka dot..

Wah, akhirnya...berjaya juga saya makan apam polka dot tu... cantikkan...sayang pula nak dimakan...hihi..rasanya gebu, kurang manis..sedap dan cukup rasalah..chewah :p




Bahan-bahan dan cara boleh rujuk sini:

Sedap dan comel...tapi gambar di atas bukan buatan saya! itu beli je...kat kedai makan tetiba ada jual pula hari ini...8 biji rm2.50...Dulu dah cuba buat, tapi gagal!!! heheh...

~Ummi Auni&Aufa~

Read more...

Tuesday, June 7, 2011

Gembiranya dia bila diberi solid food :)

Iye, bersiaran kembali setelah lama angin M datang..malas betul nak update blog ini. Bukan busy sangat pun tapi malas sangat2..

Oh ye, semalam (6 Jun 2011) ulangtahun perkahwinan ummi&bapak auni&aufa yang ke-3. huhu, sudah pasti tiada acara sambut menyambut seperti tahun yang lepas2..sebab semua rancangan ditunda ataupun dicancelkan, gara-gara ada jemputan majlis pertunangan anak jiran depan rumah. Last minit baru tau, jadinya perlulah ditunda perkara yang kurang tidak penting..hihi...sedih wooo....ahad lepas buat kek coklat kukus, konon untuk anniversary la, tapi kek bantat pulak..tak tau silap mana..jadi brownies la ek..hihi

Kek coklat kukus yang kurang tidak sedap.. Tapi lepas masuk fridge, perasan sedap la pula..hihi

Semalam juga, 6 june 2011,hari keberangkatan bapak auni&aufa ke hong kong semula.3 minggu kami akan bertiga sahaja...bosan? buat-buat tak bosan je la kan...hihi

Haa, aufa dah mula makan solid food. Ingatkan nak delay tapi memandangkan dia asyik marah tension bila tengok orang lain makan, so layan je la.... Makanan pertama adik ialah mashed potato. Nak share juga la resepi baby kat sini:-

Mashed potato for baby 6months :)

Bahan-bahan
Kentang
Susu ibu yang diperah

cara menyediakan:
- Kentang dibuang kulit dan dipotong kiub
- Direbus sehingga empuk, toskan
- Lenyek kentang tadi sehingga hancur dan dicampur dengan sedikit susu ibu
- siap sudah!! heheh


Adik aufa gembira senyum je tangkap gambar bila ummi suapkan dia dengan mashed potato tu. Tak tau rasanya bagaimana, tapi dia suka la sebab akhirnya ummi suap juga makanan dalam mulut adik!


"yeay...ummi nak suap apa tu ye...mau ngap je la..."

"eh..eh...ummi nak tangkap gambar la..eh, apa ni..sedap la..."

"Sedap la ummi...senyum2..." 

Hari ini, ummi masakkan bubur nasi pula untuk dibekalkan ke rumah nenek..




~Ummi Auni&Aufa~
Read more...