Click!!! click!!!

Tuesday, June 7, 2011

Gembiranya dia bila diberi solid food :)

Iye, bersiaran kembali setelah lama angin M datang..malas betul nak update blog ini. Bukan busy sangat pun tapi malas sangat2..

Oh ye, semalam (6 Jun 2011) ulangtahun perkahwinan ummi&bapak auni&aufa yang ke-3. huhu, sudah pasti tiada acara sambut menyambut seperti tahun yang lepas2..sebab semua rancangan ditunda ataupun dicancelkan, gara-gara ada jemputan majlis pertunangan anak jiran depan rumah. Last minit baru tau, jadinya perlulah ditunda perkara yang kurang tidak penting..hihi...sedih wooo....ahad lepas buat kek coklat kukus, konon untuk anniversary la, tapi kek bantat pulak..tak tau silap mana..jadi brownies la ek..hihi

Kek coklat kukus yang kurang tidak sedap.. Tapi lepas masuk fridge, perasan sedap la pula..hihi

Semalam juga, 6 june 2011,hari keberangkatan bapak auni&aufa ke hong kong semula.3 minggu kami akan bertiga sahaja...bosan? buat-buat tak bosan je la kan...hihi

Haa, aufa dah mula makan solid food. Ingatkan nak delay tapi memandangkan dia asyik marah tension bila tengok orang lain makan, so layan je la.... Makanan pertama adik ialah mashed potato. Nak share juga la resepi baby kat sini:-

Mashed potato for baby 6months :)

Bahan-bahan
Kentang
Susu ibu yang diperah

cara menyediakan:
- Kentang dibuang kulit dan dipotong kiub
- Direbus sehingga empuk, toskan
- Lenyek kentang tadi sehingga hancur dan dicampur dengan sedikit susu ibu
- siap sudah!! heheh


Adik aufa gembira senyum je tangkap gambar bila ummi suapkan dia dengan mashed potato tu. Tak tau rasanya bagaimana, tapi dia suka la sebab akhirnya ummi suap juga makanan dalam mulut adik!


"yeay...ummi nak suap apa tu ye...mau ngap je la..."

"eh..eh...ummi nak tangkap gambar la..eh, apa ni..sedap la..."

"Sedap la ummi...senyum2..." 

Hari ini, ummi masakkan bubur nasi pula untuk dibekalkan ke rumah nenek..




~Ummi Auni&Aufa~

7 comments:

  1. comelnya adik aufa time mkn..adik atiqah blum mkn lg..tggu mggu dpn kot..hehe

    ReplyDelete
  2. kak arra:hihi..dia tu cepat merajuk n marah kalau tengok org makan tapi tak ajak dia...hihih...seronok pula tgk baby makan ni...hihi

    ReplyDelete
  3. tembamnya aufaaaa..geget pipi baru tau..

    happy anniversary!..moga pjg jodonya ke akhir hayat ye...

    kek coklat lembab ni mmg masuk fridge sedapnyaaaa kan..

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary.

    Best kan bila anak dah start makan. Seronok tgk memek muka dia bila 1st time dpt solid food.

    ReplyDelete
  5. ashra: dia memang tembam..sengih2 kalau org cium2 pipi dia...hihi

    fiza: seronok...nanti dah pandai merangkak entah mesti comot2 je kan...heheh

    ReplyDelete
  6. hepy eniveseri ye... hehehe....
    sedap pulak tgk si auni makan mashed potato tu.

    ReplyDelete
  7. kak fiza, bukan auni la..itu aufa..hihihi

    ReplyDelete