Click!!! click!!!

Sunday, January 16, 2011

Donut untuk Raudhah :)

Haha..apa la entri ini kan? mari kita membuat donut.. ni kali ke-3 daku membuat donut. Dua kali buat, try n error..memang error..tapi, kali ke-3 boleh la dikatakan try n success!! yes..resepi main taram..sukatan main taram but menjadi juga..lembut n sedap walaupun donut tu dah sejuk..hehe, daku tetiba suka donut pulak bila tengok raudhah suka makan donut..so, meh raudhah, ummi buat donut untuk raudhah.. :)

bahan-bahan yang digunakan very2 simple n senang..

1 cawan tepung gandum
yis separuh paket
1/2 sudu teh gula
sedikit garam
1 sudu besar susu tepung (hihi, guna susu tepung raudhah tu...)
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 sudu teh bread improver
1 cawan air suam/panas
* cawan daku kecil, so adunan ni dapat buat 9 biji kuih donut je..hihi

cara-caranya :
1) campurkan tepung gandum, yis, minyak zaitun, garam, gula n susu tepung. Gaul sebati n masukkan air suam.
2) uli la sampai tak melekat kat tangan. kalau melekat n nampak memang tak boleh diuli sebab lembik, tambah n tabur la lagi tepung gandum tu ye.. :)
3) bila dah uli tak melekat kat tangan, uli lagi dalam 10minit, then rehatkan doh tadi dalam 30-60minit. tutup adunan tadi dengan plastik cling or apa2 je yg boleh digunakan.
4) bila doh dah naik, tumbuk2 kan doh tu n buat la bentuk donut tu. lepas tu boleh la digoreng.
5) makan n hias ikut citarasa sendiri la ye. macam raudhah punya, ummi hias dengan coklat n star..hihi..tapi raudhah lagi suka donut bersalut gula tu je :)



hehe..raudhah makan coklat n star tu je dulu...pastu baru dia makan donut tu


ini la rupa donut untuk raudhah tu :) sedap n lembut :) lain kali boleh buat untuk daddy raudhah pulak :) tunggu dia balik dari outstation..harap2 menjadi lembut gak la donut tu..hihi

2 comments:

  1. nor sangat suka donut...
    dah lama tak buat..pernah wat sekali je dalam idup iaitu lps spm...
    skrang dah lupa resepinya......
    ngeeeeeeeeeeee...........

    ReplyDelete
  2. nor saya buat main taram je ni...selamat lembut..hihi

    ReplyDelete