Click!!! click!!!

Tuesday, July 26, 2011

Peraduan dunia susu ibu 2011




KATEGORI : Penyusuan berganda / Tandem nursing (menyusu semasa mengandung / menyusu lebih dari seorang anak serentak)

TARIKH LAHIR ANAK :  
AUNI RAUDHAH - 8 Mac 2009
AUFA NAURAH -1 Disember 2010

Menyusukan anak ketiga mengandung, itulah pengalaman berharga yang saya perolehi bila menjadi seorang ibu. Anak sulung saya berusia hampir setahun ketika saya mengandung. Walaupun anak pertama saya telah diberikan susu formula sejak berusia sebulan dek saya yang tiada ilmu penyusuan susu ibu ketika itu, namun dia masih menyusu badan dan saya masih memerah ditempat kerja, dengan harapan saya dapat menolak tepi susu formula. Walaupun tidak berjaya, saya tetap memerah susu di tempat kerja, sehinggalah saya disahkan mengandung semula.

Tak larat rasanya untuk memerah susu ditempat kerja, ditambah dengan badan yang lemah dek morning sickness yang teruk. Takpelah tak dapat perah, asalkan malam dapat menyusukan si kakak.

Bermulanya mengandung kali kedua, dalam hati memang nekad, mahu menyusukan anak kedua dengan susu ibu sahaja selama 6bulan pertama, tanpa air masak, tanpa susu formula. Dari situlah saya memulakan usaha, menimba ilmu mengenai susu ibu sebanyak yang mungkin, membaca hal-hal pengendalian susu ibu ditempat kerja dan mula menambah gadget sedikit demi sedikit sebagai bantuan untuk memudahkan sesi penyusuan nanti.

Memandangkan saya telah ataupun boleh dikatakan gagal menyusukan anak pertama dengan susu ibu sepenuhnya, tapi kerana kegagalan itulah saya kembali bersemangat.

Cabaran:

Tidak banyak cabaran yang saya lalui ketika mengadung dan menyusukan. Ye, memang orang keliling terutama keluarga sendiri akan cakap "tak elok menyusukan masa mengandung ni, nanti anak dalam kandungan cacat!" "orang2 tua dulu2 tak bagi menyusukan anak masa mengandung, takut nanti anak yang disusukan sakit mata"..macam-macam... malahan nurse di klinik kesihatan pun menyuruh saya menghentikan penyusuan ketika itu... tapi saya tak risau bila mana doktor di klinik kesihatan kata "takpe...teruskan penyusuan..nanti lama2 dia stop sendiri, sebab susu time pregnant ni tak sedap..." heheheh..tak sedap ke? sampai bersalin si auni raudhah masih menyusu..hihi

ye, sebelum tu saya ada jumpa doctor private, dia menyuruh saya menghentikan penyusuan. Tapi saya degil, tetap teruskan. Bila jumpa doktor klinik kerajaan, baru saya lega.

Alhamdulillah, tiada kontraksi di awal2 mengandung, bayi dalam kandungan juga sihat dikala saya mengandung dan menyusukan.. malahan ketika itu juga, kami berpindah rumah...penat..meyusukan, mengandung dan pindah rumah...ditambah berpindah beberapa hari sebelum bulan puasa..

Ye, saya juga berpuasa ketika menyusukan dan mengandung. Memang letih ketika hari cuti ataupun hujung minggu.. si anak mau mengempeng saja ketika itu..takpe..layankan..ummi masih larat.. Saya tinggal puasa 3hari ketika bulan ramadhan tahun itu. Kerana terpaksa minum air gula (hee..konon ngelat takmo tinggal puasa, saya datang2 klinik cakap dah sahur...pastu kena buat juga minggu depannya).. dan 2hari kerana anemia ataupun HB rendah..maunya asyik nak pitam je kan, dah la morning sickness sampai 5-6bulan gak...ketika bulan puasa kandungan saya berusia hampir 6bulan..huhuhu

Orang kata, kalau menyusukan ketika pregnant, boleh jadi anak dalam kandungan akan lahir awal, ataupun tak cukup bulan. hee, tidak pula bagi saya, aufa naurah lahir pada 39minggu 5hari...hihi..itupun jenuh pujuk cepatla keluar dik....heheh

Alhamdulillah, walaupun menyusukan dikala mengandung, anak yang dilahirkan sihat2 saja.. berat 3.17kg, dan seorang bayi yang 'bulat'...hehe..

Selepas lahirnya aufa naurah, saya gembira dapat menyusukan aufa sejam yang pertama. Mungkin berkat menyusukan ketika mengandung, tiada masalah ketiadaan susu. Sentiasa mendengar yang anak kecil itu menelan . Dan bibirnya juga sentiasa basah (basah air liur kot ek..hehehe)

Saya juga masih meneruskan menyusukan auni raudhah selepas kelahiran adiknya. Ketika inilah begitu banyak cabarannya. Sungguh...saya tak terdaya. Bila mana si adik menyusu, sudah pasti si kakak mau menyusu juga. Sanggup si kakak meninggalkan nasi yang sedang dimakan, dan meluru ke umminya untuk menyusu bila dia nampak adiknya sedang menyusu. Tak boleh negotiate ok. Tak boleh nak tunggu2, kalau tak confirm dia menangis. Sudahnya, terpaksa la merelakan hati menyusukan kedua2 anak serentak...hahahah..sangat merindui situasi ini...

ketika itu, stress memang stress sangat. letih. Ditambah suami outstation ke luar negara ketika saya berpantang minggu ke-2. Dan kali itu saya berpantang sendiri di rumah.

Saya tidak memerah ketika berpantang. Manalah sempat bila ada 2 orang anak yang menyusu,kan..hehe.. tapi saya mula memerah susu ketika bayi kecil berusia satu bulan. Sebab dah nak masuk kerja...huhu...ketika itu, si kakak dihantar ke rumah mak pada siang hari, jadi saya dapat memerah di siang hari. Alhamdulillah, hasil perahan ketika itu tidak mengecewakan...mungkin hasil dari tandem nursing, kan :)

Cara mengatasi :

Bila mana ramai kaum keluarga atau jiran menyuruh saya menghentikan penyusuan ketika mengandung, dalam hati memang ada kerisauan. Tapi kerana telah banyak membaca pengalaman orang lain di blog2, di forum-forum (ratuhati.com dan susuibu.com) jadi saya telah bersedia untuk menghadapi kata-kata orang keliling. Saya akan jawab, "tak de apa-apalah..insyaAllah semuanya ok je..." "doktor cakap boleh je..." :) degilkan saya ni...hihi, Kaunselor laktasi (sarakids aka kak farah) pun menyusukan ketika mengandung,kan...

Alhamdulillah, tiada masalah pada kandungan, jadi saya meneruskan penyusuan di kala mengandung. Perlu diingat, dapatkan nasihat doktor, kalau boleh doktor yang pro-BF, jika mau meneruskan penyusuan ketika mengandung. Lain orang, lain ketahanannya kan.

Sebenarnya saya tak sanggup dan belum bersedia untuk berpisah susu dengan auni raudhah.. Sebab itulah saya degil dan berkeras mahu meneruskan penyusuan walaupun saya mengandung. Tapi perlu ditopup juga dengan susu formula..

Tapi, saya hanya menyusukan kedua2 anak serentak sehingga auni raudhah genap 2tahun. Adiknya lahir ketika auni raudhah berusia 1tahun 9bulan. Hampir 4bulan sahaja mereka berkongsi susu ibu. Auni memang reject susu perahan, hanya mau direct feeding sahaja. Itu semua kerana kelemahan umminya. Saya tak larat, untuk memenuhi permintaan yang serentak bila pulang dari kerja tanpa suami di sisi...huhuhu...

SOKONGAN YANG DIPEROLEHI:
Sokongan tentunya yang pertama dari suami. Dialah yang mau saya meneruskan penyusuan ketika pregnant. Kerana dia kata, kasihan auni sebab kecil2 dah nak ada adik..takut emosi anak terganggu, sebab tu suami menyuruh saya meneruskan penyusuan.

Sokongan, banyak diterima dari kawan-kawan yang tak dikenali..hihi..kawan2 di forum-forum. Terima kasih semua :)

MENGAPA SAYA MEMILIH UNTUK MENYUSUKAN ANAK-ANAK DENGAN SUSU IBU:
1) Sebab saya antara anak yang minum susu ibu sepenuhnya..nak juga anak2 dapat sama macam umminya..hehehe

2) Kerana ayat dalam surah al-baqarah.

3) Sebab terbaca banyak kelebihannya bila menyusukan anak, baik pada ibu ataupun anak itu.


Tak kisah la walaupun letih dan kelam kabut, saya tetap mahu menyusukan anak2 saya selagi saya terdaya.


Alhamdulillah, 6bulan penyusuan ekslusif telah berjaya. Dan saya masih meneruskan disamping solid food, dan berharap dapat menyusukan aufa naurah selama mana yang dia mahukan...insyaAllah...

Bulat kan? Aufa naurah beberapa minit selepas dilahirkan.. walaupun berkongsi 'makanan' ketika dalam kandungan...

Alhamdulillah, berjaya penyusuan sejam selepas dilahirkan..

Pendorong saya, mereka bertiga.. :)

Sebab sayang susu, saya sudah ada anak susuan.. Izzazi Syahmina, seorang bayi yang lahir pra-matang :)

Dulu, semua ini hanya impian..tengok hasil orang lain..bila ada anak kedua, sudah jadi kenyataan :)

Antara hasil perahan awal ketika tandem nursing.. :)



Saya tag semua kawan2 yang menyusukan anak dengan susu ibu..sila2 ye... :)




~Ummi Auni&Aufa~

7 comments:

  1. Gud luck mizah, seronok baca pengalaman penyusuan dan suke tgk ebm tu, tingat zaman dulu2

    ReplyDelete
  2. tahniah ramizah... kagum dgn awak, tanderm nursing lagi.... seronok ye ada anak susuan?
    good luck jugak yer...

    ReplyDelete
  3. ajumohit : thanks...hehe, teringat zaman dulu2 ye..meh ulangi kenangan lalu tu :p

    kak fiza: takyah kagum2..sebab saya menyusukan serentak hanya bertahan 4bulan je...letih..huhu

    ReplyDelete
  4. wah..mizah ada anak susuan eh?bestnya..
    gudluck dear:)

    ReplyDelete
  5. sha: masa tu DF tak muat, so try la bagi orang lain sebab sayang nak buang susu kan...disamping dapat bantu orang lain kan, saya topup susu ibu baby tu sikit2 je....

    ReplyDelete